ANIVERSARY BELOG

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 27 Ogos 2012

Kenapa Perlu Kahwin? Kerana IANYA WAJIB keatas yg bercinta & menyintai bagi mengelakkan fitnah.


Gambar Sekadar Hiasan


Zina Dan Masyarakat
Sebilangan masyarakat yang mengutamakan tradisi & adat dilihat meletakkan garis tertentu yang perlu dicapai oleh anak-anak sebelum mereka dibenarkan mendirikan rumah tangga. Hasilnya kita melihat semakin lama semakin sukarnya untuk  berkahwin serta umur berkahwin pada masa kini semakin lewat berbanding pada masa lampau, maka berlaku banyak gejala sosial.
Rata-rata beralasan agar ia tidak menyusahkan anak-anak  mereka kelak. Dan sering kali memberi  alasan faktor kewangan, rezeki, pekerjaan dan status belajar serta pekerjaan pasangan menjadi halangan niat murni seorang anak. Golongan ini melihat kemudharatan pada masa hadapan sebagai suatu musibah tetapi masih boleh menerima sekiranya anak mereka keluar “berdating” dan bersosial, berpegangan tangan, cubit menyubit, duduk beriba atau lebih dashyat lagi anak-anak yang sudah terjebak ke dalam lembah penzinaan. Nauzubillah!
Kemungkaran seperti ini yang patut dielakkan terlebih dahulu. Soal rezeki di masa hadapan serahkan kepada Allah S.W.T. Bahkan kita disarankan untuk membantu mereka dan bukanlah bermaksud lepas kahwin kau punya pasal. Jangan nak cari mak bapak dah! Konsep inilah sebenarnya yang salah. Apa guna anak yang belajar sampai PHD sekali pun sekiranya bahu kiri mereka terbeban dengan dosa-dosa & kemaksiatan yang berterusan akibat “berdating” terlalu lama dengan alasan nak kan status professor, puaskan hati orang tua, gaji yang besar dan sebagainya.
Mungkin ada juga ibu bapa yang mengatakan “ nak bercinta pun kami tak bagi!”. Ketahuilah menghalangi diri anaknya untuk  bercinta adalah benda yang BOLEH DIKAWAL, tetapi menghalangi anaknya untuk mencintai seseorang BUKANLAH PERKARA YANG BOLEH DIKAWAL. Allah  S.W.T menjadikan kejadian lelaki dan perempuan sebagai ramuan untuk mengindahkan lagi kehidupan.
Firman Allah S.W.T : ‘Diantara tanda-tanda kebesaran Nya ia menjadikan kamu pasangan dari jenis kamu sendiri  untuk kamu tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan diantara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.’ (ar-RuuM : 21)
 Dengan itu wajarlah kenapa Allah menjadikan kita lelaki dan perempuan supaya ia menjadi saluran untuk meneruskan keturunan manusia.
Firman Allah S.W.T : ‘ Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua darii jiwa yang satu dan dijadikan daripadanyan pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan..’ (An- Nisa :1)
Firman Allah S.W.T : ‘Maha suci Allah yang menjadikan kejadian  semua berpasangan dari  sesuatu yang tumbuh di bumi , dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang tiada mereka mengetahui.’ (Yassin : 36)
 Perkara ini apabila sudah melarat boleh mengakibatkan  kerosakkan yang lebih besar. Sebaiknya anak-anak perlu di beri panduan  agar tidak tersesat jalan  terpedaya dengan tipu daya dunia & syaitan.  Sering kali juga ada ibu bapa yang mengelirukan dan membuat anak mereka serba salah. “Jika dia mahukan kau, biar dia datang bawa keluarganya minta kau elok2!” dan ada juga yang berkata “apa kerjanya, mampu ke nak bela kau?” antara ayat yang akan di lemparkan kepada anak-anak. Tetapi kesudahannya hanya harapan palsu yang diberikan kepada anak-anak secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang kedua-dua belah pihak sekiranya tiada persetujuan dicapai. Andai kata sudah takdir anak kita dengan anak dia bukankah akan menimbulkan kesulitan hidup anak-anak di masa hadapan bersama keluarga mertua kerana kesombongan kita masa lalu terhadap niat murni orang yang inginkan bermenantukan anak kita.
Dari Ali r.a. Sesungguhnya Rasullulah S.AW telah bersabda kepadanya : “ 3 perkara jangan engkau tangguhkan, SOLAT apabila tiba waktunya, JENAZAH apabila telah siap dikafankan, ANAK GADIS apabila ditemukan pasangan yang sesuai.. (hadis riwayat Tirmidzi)
Ramai juga yang berfikiran perkahwinan muda anak-anak hanya akan mencemarkan maruah keluarga kerana  masyarakat akan menganggap anak-anak itu telah rosak. Akan tetapi INGATLAH KERANA TERLALU MENJAGA PERKARA INI MAKA ANAK2 TANPA DISEDARI SUDAH HANYUT KELEMBAH KEMAKSIATAN.
Kahwin VS Belajar
“Kamu tak boleh kahwin selagi tak habis degree, tak kerja tetap ,tak ade harta!”.. kata-kata yang akan dilemparkan keatas niat murni seorang anak yang ingin menghalalkan sebuah ikatan kerana khuatir akan berlakunya maksiat dan kerosakkan. Siapa cakap kahwin waktu belajar akan mengganggu? Salah tanggapan itu. Sepatutnya kahwin awal lebih memberikan kita semangat  yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal, yang boleh memberi semangat. Alasan tak ada sumber kewangan yang kukuh? Apa fungsi institusi kekeluargaan kalau  tidak boleh menghulurkan bantuan kepada mereka yang mempunyai niat murni, apa fungsi ibu bapa kalau tidak sama membantu menasihati memberi tunjuk ajar untuk pasangan baru? Selain menyalahkan mereka apa kata memberi bantuan dan nasihat, rumah tangga mereka harmoni, halal dan melahirkan zuriat yang solehah..yang dapat pahala? Ibu bapa juga kan? Samalah dengan yang sudah bekerja, adakah mengganggu kerja mereka tidak kan?
Soal kewangan tengok zaman Nabi, bukan semua orang arab berharta, mereka hanya mampu bagi makan yang cukup buat isteri itu pun sudah cukup dijadikan nafkah. Nabi tak halang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang, tiada sumber kewangan tetap sebagai penghalang perkahwinan. Ada sesetengah ibu bapa yang memilih menantu yang kerja kerajaan, tak suka yang kerja swasta katanya tak menjamin hidup. Bukankah itu sama dengan menyalahkan takdir ALLAH S.W.T
Firman Allah S.W.T : ‘Dan Kahwinkanlah orang2 bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu  dan orang-orang  soleh dari hamba-hambamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka  miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana ALLAH MAHA LUAS RAHMATNYA DAN LIMPAH KURNIANYA) , lagi maha mengetahui ‘(An-Nur :32)
Modal Untuk Kahwin?
Yelah ramai ibu bapa  dan kita-kita yang fikir kalau tak ade 20 ribu macam mane nak kahwin? Sebelum tu mari kita fikir.. apa perkara asas dalam kahwin? Ya. Akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun dan kos untuk merisik dan bertunang boleh dibawa ke walimatul urus. Waktu akad nikah jemput sahaja saudara mara dan kawan2 sahaja. Tidak perlu bersanding2 bagai kerana hukumnya haram jika bukan mahram yang melihatnya. Tak payah nak sewa itu ini membazir, kalau tidak mampu cukup majlis sederhana dan ringkas mengikut ajaran Islam.
Mas kahwin pun tidak perlu lah bertanding-tanding  kerana sebaik-sebaik perkahwinan adalah yang senang urusan dan rendah maharnya. Kesian si lelaki terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana mas kahwin dan belanja yang mahal. Mudah sahaja majlis perkahwinan dalam Islam tidak sampai sepuluh ribu, kalau 2,3 bijik kereta kita boleh beli takkan mahu menguruskan urusan perkahwinan anak yang sederhana yang kita nak berkira. Semua nak pakai duit anak, sedangkan insyaAllah anak itu lah yang akan menjaga kita di hari tua,permudahkan urusan anak tak mustahil Allah S.W.T akan permudahkan urusan kita kelak, tidak keterlaluan kah kita sebagai ibu bapa?

Sabda Rasullullah s.a.w : 3 golongan yang akan  selalu diberikan pertolongan oleh Allah ialah MUJAHID YANG  MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH, SEORANG PENULIS YANG SELALU MEMBERI PENAWAR , DAN  SEORANG YANG MENIKAH DEMI MENJAGA KEHORMATANNYA. (hadis riwayat thabrani)
Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan berkahwin dapat memberi semangat untuk belajar. Kalau rasa berkahwin boleh  membuat diri bersemangat dalam agama, kalau rasa  berkahwin boleh elak dari fitnah & kemaksiatan maka BERKAHWINLAH!! KENAPA KITA BOLEH MEMBERI ALASAN UNTUK TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG HALAL, TETAPI KITA TIDAK LANGSUNG MEMBERI ALASAN UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG HARAM? TANYALAH DIRI JAGALAH IMAN.
Sabda Rasulullah s.a.w : Apabila datang  meminang kepada kamu seorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan berlaku fitnah  dan kerosakkan yang besar diatas muka bumi ( hadis riwayat  tirmidzi & Ahmad)
Restu Ibu Bapa
Sering kali restu menjadi penghalang kebahagiaan, kahwin awal selalu dikaitkan dengan payah restu dari ibu bapa. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik sebab mahu kahwin mungkin  tiada masalah untuk kahwin awal, akan tetapi ada segolongan ibu bapa  kita yang susah mahu terima kerana terikat dengan pemikiran tipikal masyarakat melayu yang terpengaruh dengan adat, drama TV dan khuatir anak tidak cukup wang untuk menyara hidup sendiri.
Umar bin al-Khatab r.a  telah berkata :  Kahwinkanlah anak –anak mu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka ( disebut  oleh ibnu Jauzi dalam ahkam An- Nisa)
Bagi anak-anak yang sudah bertemu pasangan yang sesuai berkahwinlah kamu, dan bagi ibu bapa restuilah mereka kerana segalanya ada hikmah tersendiri, jangan salahkan anak-anak kerana itu semua adalah takdir mereka. Mudah- mudahan  setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati ALLAH S.W.T.. Insyaallah.

Tiada ulasan:

GOOGLE AGENT