ANIVERSARY BELOG

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 18 Januari 2011

Nie resipi ciptaan aku.. Pineapple rose cake.. Rasenyer macam rose + nenas.


Pineapple Rose Cake

2 ½ cawan tepung serbaguna

1 ½ cawan gula halus

250 g Butter

1 camca besar serbuk penaik ( baking powder)

1 ½ camca besar susu pekat manis

1 camca kecil pewarna rose

6 biji telur gred C

½ cawan air nenas

1 tin nenas yang berbentuk bulat

1. Sukat gula, tepung dan butter mengikut sukatan, ayak tepung bersama serbuk penaik.

2. Putarkan gula bersama butter menggunakan hand mixer sehingga kembang kemudian masukkan telur 1 demi 1 apabila sudah sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati.

3. Masukkan air nenas dan susu pekat manis kemudian putarkan bahan tersebut sehingga sebati.

4. Ambil 1/3 dari pada adunan kemudian tambahkan 1 camca kecil pewarna rose dan kacau sehingga sebati.

5. Susun kepingan nenas didalam bekas bakar yang telah disapukan gris, kemudian letakkan 1/3 adunan yang telah dicampur rose, ratakan. Dan masukkan baki adunan kedalam bekas bakar.

6. Bakar didalam ketuhar pada suhu 180’C selama 50 minit.

Ahad, 16 Januari 2011

Kerabu pucuk paku semudah ABC..

Kerabu pucuk paku Orang Kampung

2 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 camca kecil garam

1 camca kecil gula

Sedikit lada hitam

2 ekor ikan rebus

Seikat pucuk paku ( dicelur)

Secawan santan

½ cawan kelapa goreng yang ditumbuk halus

1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam sehingga lumat bersama isi ikan rebus.

2) Masukkan bahan yang telah ditumbuk kedalam mangkuk,masukkan kelapa yang telah ditumbuk halus.

3) Gaul bersama santan, masukkan garam dan gula serta sedikit ajinamoto.

4) Perahkan sedikit asam limau nipis untuk rasa masam.

*gula dan garam diguna secukup rasa.


Jumaat, 7 Januari 2011

Resipi Tiramisu.. ada apa dengan tiramisu..


Ingredients

* 1 biji sponge kek atau apa2 kek

* 250ml whipping cream

* 200ml cream cheese (mascarpone cheese)

* 1/2 cawan gula halus

* 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)

* 1 sudu makan serbuk nescafe

* serbuk koko untuk hiasan

Directions

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi

2. Satukan gula, cheese dan cream

3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu

4. Potong kek pada 2 bahagian

5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek

6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek

7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.

8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.

9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.

10. p.s yg kek bulat kicik tue, kite guna mould donat. Letak kek dulu, pastu letak krim. Biar dlm peti kejap sebelum keluarkan mould.:)


GOOGLE AGENT