ANIVERSARY BELOG

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 4 Ogos 2012

Kembar makaroni bakar.. :) menu berbuka istimewa

Tubbetlisci bakar (makaroni bakar)


lame dah nak buat benda ni.. finally.. YUMMY! i made it.. tp aku xgune makaroni.. gune kembar die.. tubbetlisci...rupa mcm makaroni.. tp die lg panjang dr makaroni... jom cuba resipi dibawah!

Bahan-bahan

secawan daging kisar (ikot suka banyak mana)
sedikir sayur campur
seulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit daun bawang & bawang goreng
3 cawan makaroni (tubbetlisci) (rebus sampai kembang)
5-10 biji telur (makin banyak telur makin best)
3 sudu besar rempah kurma(bancuh pekat)
2 sudu kecil garam
sedikit gula

Cara-cara

1 - rebus makaroni sampai kembang dan sejatkan
2- tumis bawang2 sehingga kekuningan, masukkan daging kisar
3 - tumis sampai daging masak,kemudian masukkan bancuhan rempah kurma dan gaul biarkan seketika
4 - masukkan sayur campur, masak sekejap dan sejukkan
5- gunakan mangkuk besar, gaul bersama bahan inti bersama makaroni, bawang goreng & daun bawang
5 - pecahkan 2 biji telur dan gaul bersama makaroni, masukkan makaroni kedalam loyang yang telah dialas aluminium foil. curahkan telor yang telah dikepuk keatas makaroni.
6 - bakar didalam ketuhar selama 40 minit dengan suhu 180 darjah celcius


* semakin banyak telur yang dimasukkan semakin lekat makaroni itu

SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan:

GOOGLE AGENT