ANIVERSARY BELOG

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 21 September 2011

Saya Patut Dianugerahkan Blogger MasterChef Yang Pertama kerana...


 
Untuk menjadi seorang Chef  kita perlu tahu mengenai segala benda bukan sekadar memasak sahaja.
 
Kenapa Saya Patut Dianugerahkan Blogger MasterChef  Yang Pertama?

Dhiya patut mendapat gelaran Blogger MasterChef  Yang Pertama kerana ini adalah impian Dhiya sedari  umur 11 tahun, benda pertama yang Dhiya berjaya buat masa tu adalah kek coklat , tanpa bantuan sesiapa. 

Dhiya pernah menangis semasa umur 18 tahun kerana tak terpilih untuk kos kulinari art UITM, sedangkan hati ni nak sangat belajar dengan lebih mendalam tentang dunia masakan. Impian takkan tercapai tanpa usaha, walaupun Dhiya banyak kali kecundang namun hasrat dihati untuk menjadi GENIUS CREATIVE CHEF tak pernah pudar.

Dhiya pernah kata pada diri sendiri
“ walaupun aku tak terpilih untuk kos kulinari, walaupun aku pernah kena reject saat masa nak  sertai pertandingan memasak kat UITM, walaupun orang kutuk masakan aku, aku akan buktikan aku lebih hebat dari kalian sangkakan dan setaraf Chef Wan”.
Chef Wan tu idola Dhiya, minat sangat dekat beliau, orang lain pergi perpustakaan belajar  benda berkaitan kos tapi Dhiya menyelak buku resipi Chef Wan Around The World. 

Tapi untuk pertandingan yang  akan datang nie , Dhiya  akan memasak masakan istimewa yang setiap kali Dhiya buat orang akan teringat & mintak buat lagi iaitu “ Dhiya’s Rock Porridge”.  Umi  Dhiya, tiap kali  Dhiya balik cuti mesti suruh Dhiya buat bubur nasi, tunang Dhiya pula selalu merengek macam budak tiap kali dia demam mesti nak bubur nasi Dhiya, Adik lelaki Dhiya pula tak suka makan sayur, tapi sayur dalam bubur nasi  habis licin dia makan. 

Bubur  nasi ni kalau sebelah Kelantan kitaorang panggil “ Nasi  Air”, kat Kelantan  senang nak cari nasi air ni, murah tapi jarang jumpa  yang sedap yang boleh buat kita ketagih.  So, untuk pertandingan  Blogger  MasterChef , Dhiya pertandingkan  resipi  nasi air / bubur nasi yang  Dhiya recreate balik dari asal. Sebenarnya nak buat video tapi alat untuk rakam pula tak ada. So Dhiya Buat dalam bentuk gambar. 


Resipi yang Dipertandingkan...


Catatan resipi yang ringkas "simple note to remember"
Sejarah Bubur

Bubur merupakan sejenis masakan yang menggunakan banyak air. Pada kebiasaannya bubur adalah cair. Terdapat pelbagai jenis bubur, yang biasanya dinamakan menurut bahan yang digunakan bagi menghasilkan bubur tersebut.

Sejarah Nasi Air Rock (Rock Porridge)

Nama asal : Nasi Air @ Bubur Nasi
Nama Kormesial : Rock Porridge

 ( Dhiya letak nama " Rock Porridge" sebab dalam hidangan nie kita boleh makan dengan pelbagai cara, contohnya nak makan dengan cara simple atau nak penuhkan hidangan dengan sayur, atau lauk sahaja, kalau macam Dhiya, Dhiya suka penuhkan hidangan nie dengan sayur banyak & lauk mcm yang Dhiya buat dalam gambar dibawah. Sebenarnya nak masak nasi bubur ni ada macam2 cara, sama ada nak makan dengan sup tulang, sup ayam & tomyam pun boleh, orang cakap " makan ikut selera ". Dhiya suka makan dengan sup ayam. Oleh kerana nasi bubur nie boleh dihidangkan dengan cara macam2 so dya letak aje namanya rock porridge. bila dah rock macam-macam boleh, macam ASTRO " macam-macam ada.)


Bahan- bahan Untuk Sup, Nasi & Rencah
Kita ada bawang,rempah, sayur, tempe, ikan bilis, beras kisar

















Pilihan campuran tambahan dalam Rock Porridge
Boleh dihidangkan mengikut selera, nak sayur lebih ke tak nak langsung ke
Rupa bentuk Rock Porridge yang dah siap.
Yang ni agak sepah sikit sebab dihidangkan dengan gaya selera Dhiya, sayur banyak



 
Bukti Ana yang buat la. " Bon Apetite"





Latarbelakang Tentang Program MasterChef



MasterChef adalah satu fenomena di seluruh dunia.yang bermula  pada tahun 1990  merupakan satu pertunjukan memasak realiti., walaupun tidak membenarkan penonton untuk mengundi, masih pecah rekod penonton di Amerika Syarikat dan Australia. MasterChef adalah satu kejayaan kerana bukan sekadar sesuatu makanan yang kita semua suka tetapi menunjukkan hanya membenarkan tukang masak amatur, orang-orang yang tak pernah belajar memasak dan hanya tahu memasak secara belajar sendiri dan asas untuk bersaing bagi merebut takhta MASTERCHEF. Rakyat Malaysia yang suka memasak tetapi tidak pernah berpeluang untuk benar-benar mempamerkan kemahiran mereka dan akan dihargai, kini mendapat peluang! Tontonlah fenomena MasterChef untuk mengambil alih Malaysia pada 22 Oktober 2011 di ASTRO RIA (channel 104) !!!


Wikipedia Tentang MasterChef.. Banyak negara yang anjur program ni..

http://en.wikipedia.org/wiki/MasterChef



Notis Penting!!
.






Ingat..
“When U Cook U will feel Good”



*Kalau nak makan nasi air yang sedap, jangan lupa singgah di Mak Su Nab Nasi Air yang terletak di Berek 12, Kota Bharu dan tak jauh dari Stadium Kota Bharu @ Hospitak Besar Kota Bharu. Sedap dah murah pasti kenyang!


KLIK UNTUK LINK KE ALBUM FACEBOOK

2 ulasan:

Unknown berkata...

gud luck dhiya...
i'll support u....

Unknown berkata...

Tens kira!! hehehe... hope i will success later!

GOOGLE AGENT