ANIVERSARY BELOG

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 10 Mac 2011

Aku lelah..semakin lemah... air mata menitis.. tatkala terluka..


Hari tu awak call saya..saya tanya, awak sihat ke?.. awak cakap..”saya sihat”..tapi saya tahu awak tak sihat,awak tipu saya..lepas tu awak mengaku awak sakit,demam dan gastrik..saya tahu sebab saya boleh dengar nada suara awak lain dari biasa.. saya suruh awak rehat dan makan ubat.. petang saya call awak, awak belum makan, awak merengek nak makan bubur.. tapi saya jauh dari awak..saya tahu masa tu awak nak saya ada dengan awak, tapi saya memang jauh sangat dari awak.. lepas bercakap dengan awak, saya menangis sebab saya risaukan awak dan saya rasa saya xberguna sebab saya tak dapat jaga awak. Tapi untuk tunjukkan saya risaukan awak sebab saya memang sayangkan awak sangat2 saya sentiasa mesej dan call awak walaupun saya sibuk sangat2 dengan assigment.2,3 hari selepas tu awak sembuh, Alhamdulillah Allah dengar doa saya setiap kali saya solat saya doakan semoga awak sembuh.. Bahagia saya bila dengar awak dah sihat dan dah boleh pergi kerja.. selepas dari awak sakit tu, saya sentiasa ingatkan awak makan 3 kali sehari ikut waktu makan.. Sekarang awak dah sihat..saya gembira sebab awak memang ingat setiap pesanan saya.. Hari ni.. saya terlewat ke kelas, hujan lebat sangat.. tapi saya redah hujan yang semakin lebat sebab saya tak nak ponteng kelas..semasa meredah hujan saya hampir dilanggar van, sampai kat kelas saya basah kuyup.. setengah jam selepas masuk kelas.. badan saya mula rasa kurang enak.. kepala mula pening..selsema dan batuk mula menjadi-jadi.. balik dari kelas saya kena hujan lagi.. sampai di rumah sewa saya mandi dan makan ubat.. masa tu badan saya dah teruk.. panas dan tekak mula kering.. saya mesej awak bagitahu yang saya demam kena hujan lebat..lepas tu saya tidur..bangun dari tidur saya asyik fikirkan awak.. saya call awak.. saya tahu saya tak patut call awak masa ni tapi petang ni saya ada perkhemahan dah tak boleh call awak..tapi tadi awak cakap “ sibuk la ni”.. ok..saya paham..semalam pun sama.. awak cakap.. “sibuk ni call esok”.. kebelakangan ni memang awak sibuk..sibuk..sibuk.. ayat-ayat awak pun selalu menyetuh hati saya.. awak cakap “ bos awak bayar masa awak kerja”..takkan saya kena bayar jugak untuk bercakap dengan awak.. sekarang saya jatuh sakit.. saya Cuma nak bercakap dengan awak sekejap..petang nanti saya dah nak pergi..tapi tak apa saya paham kerja awak penting.. awak pun selalu cakap awak seorang yang komitmen dengan kerja.. saya paham.. mungkin saya terlalu mengada-ngada..atau terlalu nak perhatian dari awak.. sekarang saya sakit..saya nak awak masak bubur untuk saya boleh??

Tiada ulasan:

GOOGLE AGENT