ANIVERSARY BELOG

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 17 Januari 2013

Arghh BUAT HAL LAGIIII


Since i was a kids.. memang semua telah di ATURKAN A-Z oleh my DADDY.. everythings i do PAKSARELA..

hobi memasak... memang ada seni memasak.. nak jadi chef la konon..cita2 aku nak ambik kulinari art.. tapi Daddy asyik cakap.. memasak tu hobi je.. everyone pandai masak.. he means xde mase depan la lau pilih jalan tu.. di suruhnya aku belajar uitm kos computer science & math.. tapi aku fail bnyk paper.. so tukar kos business.. aku dah cakap aku nk tukar kulinari.. but he doesn't listen to me once... try to think positively so aku tempuhi la 3 tahun DIPLOMA IN BUSINESS.. masa dekat U all business yg aku buat & ceburi berkaitan masakan.. COOKING IS MY LIFE.. so cita2 aku lepas habis DIPLOMA.. nk open restoran.. ( tgk..ape2 mesti berkaitan dgn FOOD & COOKING).. terlalu minat..

aku pernah tepilih sebagai top 20 FIRST BLOGGER MASTERCHEF.. dah masuk separuh akhir.. tapi terpaksa tarik diri.. sebabnya daddy xbg join lg.. :'( sedihkan.. dah terpilih.. kawan2 semua bagii semangat2.. but kalau dh Dad sendiri halang.. what can i do..

Married? pernah la sekali, aku mintak nak kawen.. mula2 he agree.. but when the moment comes.. die blh buat2 lupa janji die dengan aku??? owhh mmg from that moment i always said  " he is CAKAP TAK SERUPA BIKIN" aku tak suka lelaki macam ni ANTI tau x..

i know.. all parent want the best for their childs.. but for me they KETERLALUAN.. jangan salahkan aku okay... slow talk dah.. louder talk dah.. tapi both of them ignore what i said.. sedih kan?? i'm 22 years this year.. i'm not stupid, tak cacat, xlurus, xbodoh bahkan TAK GILA.. cukup matang untuk buat keputusan.. my grandmother & grandfather always said i could be  THE PERFECT HOUSEWIFE..

aku pun xtahu.. mybe dugaan bg aku both of my parent terlalu kongkong dan tak memikirkan tekanan mental yang aku alami.. nasib baik ade kawan..yang sudi dengar bebelan aku..

latest story.. aku dah cakap tak payah nk ejas2 keje kt pakar perdana tu.. aku tahu mak bapak mane xnak anak die idup senang.. but bg lah aku ruang bertapak sendiri dalam dunia.. aku ada cita2.. ada matlamat hidup...  aku malu la.. malu dengan dunia.. aritu aku dah cancel interview kat hospital tu..xsampai setengah jam... xberhenti fon aku bunyi.. terpaksa la aku g interview tu sorang2.. even bedak pun aku xpakai.. menitis air mata aku pergi interview.. tergamaknya both of them paksa aku untuk benda yang aku tak suka.. dan aku tahu tak sesuai.. g tempat interview.. 7 JAM AKU TUNGGU JUST UNTUK JAWATAN CASHIER..GAJI 900 ringgit jer.. masuk2 interviewer tanye.. " awak nak ke keje sini? jauh ni lari dari field business yang awak belajar, dah la gaji 900 je ni" stress x aku????? 

soal pangkat pegawai yang bakal kosong tu.. aku tak rasa aku akan dapat pangkat tu.. tak logik la..  340 orang staff kt situ yg dh lame keje semua tunggu nak naik pangkat.. mustahil la aku yg xde pengalaman kerja ni, masuk 3 bulan nk terus naik pangkat jadi pegawai.. ingat ni drama ke ape??? owhhh daddy xpikir ke... tolong la.. even aku dapat pangkat tu dengan cara xelok pun... hidup aku akan susah.. everybody akan persoalkan.. dan aku tak suka nak ambik hak orang lain..

both of them kuat main perasaan.. masa xpasti lg dapat interview.. aku nak bukak business aku.. they bg la green lite yg tak berapa nak green..  bila lesen dah siap, tinggal nak bukak kedai je.. macam2 alasan halang aku bukak business!! why!!!! dah la modal aku xmintak pun.. ade orang nk sponsor.. aku ni tolak tuah tau.. hati dah berbunga2 tp both of them pijak2.. bukan sekali dah banyak kali.. kecewa.. ngerti... kecewa sangat... korang tak boleh kata aku ANAK DERHAKA.. cuba korang kat tempat aku.. korang akan tahu.. how much i suffer just to pretend be a good childs.. jiwa raga aku hancuss... bukan aku tak explain.. letih nak explain.. tapi both of them suka ikot kepala mereka.. so where is my right.. my life i suppose to build with my own effort... :'( 

aku dah letih nak dengar ayat "setiap mak bapak nak yang terbaik untuk anak2, mereka tahu ape yang terbaik" .. korang boleh cakap sebab bukan korang yang lalui.. aku yang sedang memikul beban..

letih sangat nak dengar ayat tu sebab aku rasa aku dah jd mental gara2 mak bapak.... sampaikan 1 tahap aku jadi lost.. xtahu apa yang nk buat dalam hidup.. even my sister said to them lepas solat aku mengaji dan berzikir.. tp my daddy boleh cakap tak percaya apa yang adik cakap.. :"( sedih double sedih..

i WILL DO ANYTHING JUST TO SAVE MY LIFE, MY AMBITION...  1 jer buat aku bertahan, kerana aku fikir.. PERANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK2 PERANCANGAN.. 

Rabu, 16 Januari 2013

Boleh tak.. nak cakap macam nie??? "DAD U MAKE ME STRESS SO MUCH"

Tak tahu nak cakap macam mane.. ayah lah orang yang paling banyak buat aku stress.. tapi aku nak buat macam mane????? he still my father sampai akhirat pun...

die tak pernah bagi aku buat keputusan dalam hidup.. die jgk akan aturkan A-Z walaupun tanpa rela aku..

aku nak kawen die tak bagi.. so fine... aku ikot je... aku dah cakap..xpayah la ejas kije kt hospital tu.. aku taknakkkk.. xminat... degil2 ejas jgk.. bila aku tak nak g interview.. kecoh 1 dunia... hurmmmm!! stresss... g la aku 7 jam interview nak jd cashier je pon.. sakit hati aku yg melalui 7 jam yg bosan giler..

aritu mase xtahu dapat keje ke x.. dah org xpanggil interview.. bg la aku wt business.. ni bile aku dah ade lesen.. macam2 alasan bagi... ayah aku ke keling ni.. cakap xserupa bikin!!!!

Sakit hati la!!!!!!! xtahu nak luah kt sape.. same jer... DAMNNN!! ari2 aku nanges sbb nie.. macam shit!!! arghhhh.. biar la org nak kate ape.. cube korang jd aku.. nanti korang tahu la.. ape rase.. cita2 terhalang... ape yang hati nak selalu dihalang.. no wonder la aku memberontak.. dan xboleh terima kate2 ayah aku sendiri.. die terlalu kong2 aku... stress tau x....!!!! dari skolah lg mcm tu.. ni aku dh 22 tahun.. dah nk jadi bini orang dh xlame bangak...

Ayah selalu buat aku malu.. kt kawan.. kat sedara2.. malu tahu x!!!!!! dh tebal mcm konkrit dh muke aku... tolong la.. jangan sampai aku jd derhaka... aky tak tahan la!! skrg ape yg wt aku bertahan pun sbb aku pk perancangan ALLAH ade yg terbaik..

SEPATOTNYA AKU DAPAT PENUHI CITA2 AKU KAT SINI :(
cume aku malu.. malu sbb aku selalu dihalang untuk wat ape aku suka.. aku tahu aku blh berjaya.. tp ayah xpernah nk bg aku bebas mencari kejayaan... bila aku tak berjaya aku disalahkan padahal pilihan die jgk... ANYTHING AKU SUARA KAN... SEMUA ORANG AKAN CAKAP DH DIE AYAH DIE ADA HAK..SO HAK AKU??? HIDUP AKU.. KORANG TAKKAN PAHAM SAMPAI KORANG SENDIRI RASE CM NE JD AKU... hidup dalm stress

FEEL LIKE WANT TO CRYYY SAMPAI BUTA!!!!!!!!

Jumaat, 28 Disember 2012

Selawat TAFRIJIYAH... jom amalkan.. bagus!

Mengoogle.. lalu terjumpa.. setelah di seliidik2.. maka... JOM AMALKAN SELWAT NI...

**Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


MAKSUDNYA :


"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".


Just Share from other blog jgk.. bnyk khasiat selawat nie..



SELAMAT BERAMAL!!

Rabu, 26 Disember 2012

Kucing Dan Islam...

my CAT cicak name diberi.. abu name aku beri... mata die unik.. 2 kaler..


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


____________________________________________________________________________



Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).





Kucing adalah suatu binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.


Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.


Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda:


Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.





SUMBER : http://sohoque.com/kucing-dan-kedudukannya-di-dalam-islam/

Selasa, 25 Disember 2012

Hidup tapi Mati.. dan aku sudah penat sangat...

Hidup tapi mati.. itulah aku.. sentiasa berfikir.. bilakah semua akan berakhir...

Perkara yang paling susah nak di ungkapkan adalah berkaitan hati dan perasaan..

dan perasaan aku... ntah la.. terlalu susah untuk diungkapkan..

hanya pada ALLAH S.W.T aku mengadu.. ntah aku dizalimi oleh manusia atau aku yang menzalimi diriku..

YA'ALLAh.. aku tak sanggup dah.. aku dah larat dah nak menempuhi dunia yang kejam ini.. hari2 aku menangis.. berlawan dengan hati dan perasaan sendiri..

aku kehilangan senyuman.. air mata teman setia.. YA'ALLAH dya penat nak berjuang... dya penat sgt.. tu je yg mampu dya ungkapkan... dya rase macam  nak tido je... xnak dah menikmati dunia..

YA'ALLAH.. alangkah indahnya kalau dya mampu ke suatu tempat.. dimana tak ada orang yang akan ganggu dya.. disitu.. dya akan beribadah.. dan berserah padaMU saja..

hingga tahap tu pemikiran aku YA'ALLAH.. dugaan ini makin hari makin berat.. hidup aku tak aman.. bila2 mase dimana pasti air mata ni akan menitis.. kesedihan ini terlalu menghimpit jiwa aku...

YA'ALLAH ampunkan lah dosa ku... terimalah taubat ku... berikanlah aku kesempatan untuk kembali ke jalan mu.. YA'ALLAH aku cuma mahu hidup diredhai... hidup dijalanMU.. tak sekali aku ingin derhaka... aku masih bersabar... tapi terkadang dalam kesabaran ini menitis air mata menahan kesedihan...

Kenapa aku yang diuji YA'ALLAH... kuatkaH aku untuk melalui semua ini... sedang aku merasakan aku semakin lemah... kenapa YA'ALLAH aku melihat mereka bahagia dengan mudah.. tapi halangan berliku buat aku.. Aku letih memikirkannya........

aku dya.. aku kehilangan segalanya...hidup aku. hanya menunggu mati...

Khamis, 20 Disember 2012

heho heho.. kan... jugak?? i always me..hahaha

Orait la tu... one busy day for en.rofizan.. kehulu ke hilir.. u know what... aku tanye die "abg g sane keje ke wat presentation?" then he answer me.. "dya wat presentation tu bukan keje ke?" hahaha yes la darling.. i means keje kat site ke? hohoho kelakar la..

kalau korang nak tahu kiteorang ni slalu sgt misCOM.. haha salah tafsiran.. semalam aku tido awal.. penat kehulu ke hilir.. msg en.rofizan tu  i just read mase bgn subuh..hahaha.. orait la tu..die menginap kt hotel layang2.. then.. early in the morning pun die msg... ade kemajuan.... :))

what make me suprises.. he worried bile aku xblas msg die... nk dijadikan cite tghari td aku tido.. die msg 3 kpg aku xbls la..tdo mati kn.. syokkk yoo hujan je kt kelantan nie..

then malam ni kite orang mesej.. i told him i miss him damn much.. huaaaaa... rindu la abg.. ops en.rofizan..hahaa td maghrib2 pun die wt aku gelak.. tp salah aku jgk.. aku yang mulekan msg forward msg same.. duk men kan...jugak... kang... last2 gelak...

En. ROFIZAN b4 berangkat ke KL & terlepas bas.. haha


Abg : Td drive.. ni nak makan dengan ALIaS
Dya : Ok
Abg : Bagus
Dya : Bagus jgk
Abg : kenyang jgk
Dya : bagus
Abg : bagus jgk
Dya : ok la tu
Abg : ok la tu jgk
Dya : ok la tu 2 jgk jgk 
Abg : jgk kan?? kan?
Dya : Jgk kangkangkang kn?
Abg : kang2 jgk kan?


Begitu lah..hahahha last2 gelak  .. sometimes.. its called sweet.. malam ni en.rofizan tu menginap kt hotel Kulim inN.. ok la tu.. aku biarkan die tido awal... kesian die.. duk cakap penat2.. hohoohoo

Every nite.. B4 tido mcm ni la msg die

"OK CAYANG...NITE CAYANG.. LUV U.... MMMUUUUUUAHHHHH.... "

-we are to sweet to be disturb by others, our bonding is so sooo  strong to be destroy by enemy... "bercinta sampai ke syurga" aminnn...

k la u ols.. cukup mase.. time to sleep... GUDNITE.. SALAMUN ALAIKUM...

Rabu, 19 Disember 2012

Ok masa untuk membebel..haha

owhhh.. one tired day... first of all aku nk cite.. en.rofizan tu terlepas BAS..hahaha actually patot nek bas tp terlepas gara-gara cakap dgn bos... nasib baik ade tiket len on the spot ke KL.. ish2... hadoi... nak dijadikan cite.. nek bas plak mabuk.. iye la mane xmabuk kalo duk maen fon..hahahaha...

nampak sangat xbiase nek bas.. kah2.. opss..sorry syg.. tergelak..wakakakkaa....Alhamdulillah sampai jugak die ke KL ptg td.. and mlm nie he OFF to kedah dgn ALIAS..ok la tu... sempat la mesej sepatah 2.. dah pesan awal2..sehari 2 ni he busyyyy.. :(

Again... aku risau... huhuuhu.. always risaukan die.. sbb aku rase die tu macam budak kecik.. blh gtu? blh la..hahaha.. sometimes.. aku tak pelik la kalo ade gugurl yg cube2 nk usha die..sbb die sweet talker.. then.. 3 tahun aku knl die.. 3 tahun tu mcm 10 tahun... i know him better than everybody...  3 tahun aku knl die..ade la dkt 10 org gugurl yang aku detect yg SYOK kt en.rofizan tu.. and as ussual.. kucing kan.. makan je la ikan.. bkn vegetarian..hahaha..

ok back to mystory... ari ni g machang.. keluar kul 10 a.m sampai umah kul 5 p.m td..tu pun ikot hati nk g bandar... but my mom plak mesej HADOOOWWW :((( balik la sayeeeee jadi anak yang baik....

ok gud gurl dya.. sudah pandai memotong kt DOUBLE LINE..hahaha alamatnye dpt surat saman la nanti.. then.. racing little bit..hahaha dgn jantan kelisa mane ntah..bengang aku xbg die potong.ahahahahaha :P

masih membiase kan diri dgn stereng kete k.. biase la.. bkn baru dpt lesen.. dh nk dekat 3 tahun dh lesen.. bawak jarang2... kah3.. no wonder la aku xpakai P pun kt DCD tu.. hahaha..

ermm. korang suke x.manusia yang koya bagus.. huuuu..aku cukup xsuke.. sebab die rase die bagus.. die rase orang dengki dgn die sbb die hebat... EUWWW.... i always me la... hohoho.. xpernah aku cemburukan orang len.. nak2 someone yang xpatot aku cemburu.. masing2 ade kelebihan masing2.. orait...

I always me... ( eh mcm best plak gune ayat nie) hahaha..ok la gudnite u ols... SALAMUN ALAIKUM...

Selasa, 18 Disember 2012

Day 18 DEC... ok la..ADA apa dengan cinta?

Again.. aku akan membebel... orait la tu..anoymous??? who? i guess i know... hurm biar la.. still i cannot get together2 la dgn die... hoooooooo tlg la... (T__T) pedih lg hati aku nie.. huhu...

orait back to our topic... interview tunda lagi... hooo pas tunda..tunda.. so aku fikir... mungkin ade something yang Allah telah rencanakan untuk aku.. setiap yang terjadi pasti ade hikmah... (THINK +VE) ok...

Again FIGHTING!! erghhhh... rimas.. asyik gadoh2... memeyyy la kiteorang xboleh jauh.. asyik nk berkengkOS (gaduh)..bile jauh he likes STRANGER... macam aku jd xknl sape die....??? then bila dekat.. SWEET sgt... everybody jealous okay... didepan semua orang die blh kendong aku dibelakangnya.. (TAMAN KERANG) malu tpi mau... :))

SO tomorrow off to MACHANG.... :) clearance... with FIQ & ELYA i guess... ermm en.rofizan plak OFF to SHAH ALAM then KEDAH.. kerja la.. mane lagi.. huhu RISAU :(

tak tau lagi brape hari die ke kedah.. mybe lame..mybe kejap... tapi still worry soo sooo much...

CHEESEEEEEEEE..MASE AKUXCOMELDULUKALA

SECRET CHAT... :) lupe dah bile..


nak tahu tak.. aku cabar en,rofizan pinang aku bulan 3.. YAHUUUUUUU kawen.. AMINN...AMINN..AMINNNN.. yang lagi seronok.. he said rite now ::::

"ABANG SAYANGKAN DYA SANGAT-SANGAT"

"BAIKLAH...DEMI DAPATKAN KAMU"

"PEGANG KUAT-KUAT SAYANG ABANG PADA DYA K"

he promises to me... owhhh cair kejap..blh gtu??? hahaha
walaupun die banyak perangai still he is so sweet... that 3 SMS.. comfort me damn muchhhh!!! TERIMA KASIH...

aku tahu die syg aku.. sgt syg.. tpi die tak dapat melawan godaan2 setan.. biase la.. jauhkan.. perempuan dimana2.... tp bak kate ADI PUTRA (AKU TERIMA NIKAHNYA) " walaupun banyak perempuan disekitar abang..mata abang tetap mencari sayang saje" -lebih kurang cm tu la...ok sweetttttt gilakkk...

okla.. enough membebel.. GUDNITE EVERYONE... SALAMUN..ALAIKUM... (aku bace terjemah, mcm ni die eja salam...)


Isnin, 17 Disember 2012

Anniversary??? ok YANG KE 3 tahun KENAL..

Nak tulis jgk..hahaha..orait.. todAY 17 DECEMBER 2012.. officially kiteorang genap 3 tahun kenal.. owhh hepi!!! excited... then.. RM50 thats my present to him.. and sgt hepi sbb hari ni dapat gaji pertama!! yahuuu... then hari ni ku bersiar2 dgn DCD.. ohoiii.. with my frenn...

Alhamdulillah... gaji tu blh la tahan.. still thinking nk beli ape kat my UMI, AYAH, ABAH & MAK ( my future mother and father in law) owhhhhh... suke tp sayang nk gune duit tu... thats my first salary...seumur hidup tu la gaji pertama... walaupun keje kuli..sebulan je pun.. my next jobs is coming soon....

owhh one wonderful day.. wlpn penat ke hulu ke hilir...tp seronok okay...

 JAKEL ---->KBMALL -----> TESCO ------>PCB

DCD.... hhahaa...

Ambil mud kawen...orait...


Lepas dapat gaji langsung aku survey baju kawen.. oh YES.. dapat idea.. akad nikah.. i do love to wear WHITE je.. ok la tu.. dh la my SAYANG tu xberape cerah ( okay la xde la hitam).. hoho.. macam la aku ni putih..wahahaha... syg..jgn marah okay...

then... owhh mmg aku kenal sgt.. en.rofizan tu.. kalo xdpt nk bukak email pun badmood mcm hape.. nonono.. macam mane lah nk mendidik supaya sabar??? anyone?? ade cadangan?  tp ape2 pun sempat la gayot kejap.. hikhikhik...

Dya : ABANG MAKAN NASI LAUK APE?

Abg : LAUK IKAN GORENG.

hahahaha... korang percaya tak...SOULMATE tu blh dipakai gune.. aku ingt dalam cite korea je.. but.. with en. rofizan nie.. aku tak tahu la ape yang membuatkan jodoh kami kuat... JAUH jarak memisahkan... datang orang ke 3,4,5 pun... we still in love... xblh berpisah.. NOPE.. bkn xcube.. cube.. but our bonding so SOOO strong.. kalau aku tgh kusut,. 2 saat blh hilang kusut tu bile dapat ckp dgn die.. same goes to him i thought... but die akan tenang and BEST bila aku disampingnya.. he said... die xperlukan ape2 bile aku ade dekat dgn die.. YESSSSS the problem now... cume jarak jauh.. susah nk jmp2 nie..


ape2 pun aku tawakal je.. berserah pada ALLAH yang MAHA mengetahui.. ape yang ALLAH tetapkan tu TERBAIK.. aku xblh nk halang SELINGKUH kt blakang.. perempuan goda die ke.. ape ke.. tipu ke.. as long as aku tahu,aku kt sini tersangat setia...dan ALLAH tahu ape ade dalam hati aku.. tu yang buat aku tenang... TUHAN JAGAKAN DIA... DIA KEKASIHKU...KAN TETAP MILIKKU.. oraitt.. enough membebel..ok la... cau... assalamualaikum...  GUDNITE...


words that comfort me...

melalui liku2 hari berjauhan...di uji dengan pelbagai masalah... at least some of his word sometimes comfort me so much..

"sabar la cyg..abg xnak lepaskan cyg"

"1 hari akan menanti kita.. sabar dya"

" dugaan terakhir sebelum bahagia memang macam ni syg"

.... ya'ALLAH... memang aku terlalu bersabar dalam menjaga perhubungan ini, terkadang kesabaran aku di uji.. Ujian ini berat untukku.. pernah terkadang aku putus asa.. maafkan aku Ya'ALLAh.. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berputus asa..

.... disebalik segala yang berlaku.. aku menyedari sesuatu... aku belajar sesuatu... bukan sedikit tp banyak ilmu yang aku peroleh.. banyak yang membuka mata aku untuk sentiasa celik..melihat dunia..disamping berdoa..dan berdoa... Ya'ALLAh.. bertapa lembut hati ini, disebalik fizikal aku yang KAU tunjukkan kepada semua orang... didalamnya aku bertempur dengan perasaan yang amat dahsyat.. terkadang aku tewas pada godaan syaitan...

.... mungkin dia bukan yang terbaik, tetapi dialah yang tercipta untuk aku saat ini... sungguh aku xtahu, kenapa, mengapa semua macam nie.. mungkin segalanya ada hikmah..for the third one... i wish all the best for her.. dunia akhirat.. as she know.. im try to be ikhlas... memaafkanmu... mungkin dimunculkan kamu sekejap..untuk menguji keimanan aku..

.... aku percaya dihadirkan MOHD ROFIZAN itu sebagai pendamping aku, ada hikmah dan sebuah ketentuan ALLAh yang aku malah sesiapa pun tak tahu.. sesungguhnya takdir ALLAH itu adalah yang terbaik...


... till then... aku sekarang sedang cuba menghabiskan sebuah al-Quran.. menghayati tafsirnya.. semoga aku terus dekat dijalanMU wahai ALLAH yang maha Agung, lagi MAHA mengetahui segala-galanya...


BISSMILLAHIRAHMANNIRRAHIM....

YA'ALLAH.. YA' AFUW... AMPUNKANLAH DOSA2 KU..SESUNGGUHNYA ENGKAU TUHAN YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENERIMA TAUBAT...

YA' ALLAH... YA'RAZZAQ... MURAHKANLAH REZEKI KU... PERMUDAHKANLAH URUSAN PEKERJAANKU... SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGURNIA....

YA'ALLAH.. YA'MUJIB... KABULKANLAH PERMINTAANKU... LEMBUTKANLAH HATI KEDUA IBU BAPA KU.. LEMBUTKANLAH HATI MOHD ROFIZAN... SEPERTIMANA ENGKAU MELEMBUTKAN BESI AKAN NABI DAUD A.S... YA'ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN KU.. JALAN HIDUPKU... SUPAYA AKU HIDUP DIJALAN YANG DIREDHAI MU...

AMIN.. YA..RABBULALAMIN....

Ahad, 18 November 2012

Kain Gangnam Style Kat JAKEL ???

Kain Gangnam Style?? pernah tgk ok.. meh aku introduce... ni kain gangnam style.. memandangkan aku keje kat kedai kain sebagai part timer.. ni la ilmu aku dapat..  kain ni stock baru sampai.. perghhh.. JOMM SERBU JAKEL... cari la dhiya..

NOW JAKEL TGH BUAT SALES GILEr2.. SAMPAI 6-1-2013... JOM RAMAI2 SERBU JAKEL KUBANG KERIAN KELANTAN.. harga kain serendah RM3.50... :)

Lokasi JAKEL kubang kerian

patung ni aku yg dress kan.. :)

Gunting kAin aku

Pelbagai Corak gangnam style... :) HARGA? jom runding... 

Pilih3..

Gangnam Style


Ganganam Style

Gangnam Style.. yuhuu


JOM RAMAI2 serbu JAKEL.. HARGA? harga memang giler2 murah... gangnam style ni stok baru.. nak tahu ape kelebihan die? jom singgah...


SALES GILER2.. jemput2 semua ke tempat kerja dya.. JAKEL!

Khamis, 15 November 2012

3rd day partimer AT JAKEL

overall.. memang sangat enjoy.. but enviroment tak brape nice.. terlalu strict.. jaga penampilan..

kaki lenguh perkara biase. most time duk berdiri..

ok about my problem " he said, they break up already "tapi aku xtahu nak caye ke x.. macam bodoh kan aku.. sorry bukan salah aku... kalau ditipu banyak kali, memang susah la nak percaya balik dgn sekelip mate..

 about apologize to that GURL(witch) .. i will think twice.. sbb ape? sbb aku tak bersalah.. maaf ler.. aku mmg payah nak say MAAF kt orang yang SALAH.. no.. tp xpe t la aku pikir.. sbb aku mmg marah sgt kt die.. come on.. even org giler pun akan marah, ini kan aku yang mmg dh giler sbb masalah nie.. of course la aku punye marah berapi2..

kla thats all.. penat la hari ni.. nak tito.. gud nite alls.. bye..

Ahad, 11 November 2012

jagung bakar MADU... 345..hehe

Ok.. jagung tu dah 2 hari dalam peti ais.. so... hari ni aku buat jagung bakar.. perghh NGIDAM.. dah lame..dapat rase sikit pun jadi la..

rasenye dh setahun aku sabar.. hihiihii.. sejak pergi pantai batu buruk ari tu lagi.. hua2..

actually jagung ade 2 je.. so kongsi la 6 orang..

resipi... mudah jer..

BAHAN-BAHAN

2 jantung jagung

2 sudu butter

2 sudu besar madu

CARA- CARA

1- Lumurkan jagung dengan butter

2- Panggang dengan api sederhana  (elakkan hangus) atas dapur (pakai pemanggang, over, microwave pun boleh) lepas tu, bila agak2 nampak macam dah nak masak lumurkan madu..

3- bakar selama 10 minit. SIAP!!


Masa memasak : 30 minit.




Sabtu, 10 November 2012

Pelangi Senja... Vs Cinta Senja




lately.. i am not very happy.. rasa macam jauhnya aku.. rasa blur.. buntu.. Ya'Allah.. merintih perasaan ini, tiada kata mampu di ungkap, tiada yang mengerti..

most people said, i dont deserve to be like this.. tapi aku NTAH.. tu je akan keluar dari mulut aku... NTAH... looks like i already give up..

Mungkin ada hikmah.. but untuk buka hati ini pada orang lain, macam apa yang orang suggest.. i will think twice.. bukan senang aku nak bercinta, mencinta..

event with mr.X its takes about 1 years untuk aku lupekan die before i met opie.. Ya'ALLAh... dugaan apakah ini... :'(

bukan pinta aku nak end ups like this.. i love him damn much.. 


OWHH TUHAN TOLONGLAH AKU.. HAPUSKAN RASA CINTAKU... AKU PUN INGIN BAHAGIA.. WALAU TAK BERSAMA DIA.....:(

Jumaat, 9 November 2012

ALHAMDULILLAh... FINAL SEMESTER... result...

Syukur...Alhamdulillah..........................

walaupun badai melanda tatkala final exam untuk final semester ni.. dapat jugak aku COMPLETE kan diploma aku... syukrann YA'ALLAH....

nie hadiah buat orang2 yang nak sangat aku berjaya.. hua3.. amik la print.. tampal dalam bilik.. hihihi... ape2 pun.. sijil ni akan ku gantung di gerai nasi lemak kopi O aku nanti...

 berdebor siot nk check.. tapi ku gagahkan diri... aku cakap kt diri aku " WHETHER ITS BAD OR GOOD, THATS MY EFFORT"...

 hohohohoho...

Selasa, 6 November 2012

Ajarkan aku bahasa Syurga :)

Istikharah... baca yassin... berzikir.. Ya'ALLAH... aku masih buntu.. jalan hidupku berliku.. terkadang bila aku fikir.. langsung aku tak nampak apa dihadapan.. apa kesudahannya.. Zahir aku nampak okay tapi dalam hati ALLAH yang tahu.. Ya'ALLAH.. bertapa aku rindu berada dijalanMU.. Semoga ada pengakhiran yang baik untuk AKU.. KAMU... amin...

My CAT... kecik namenye.. manje sangat3

AUCAKKK>> senget

my bestie IMIN & ELYA

path way 

Elya... hehehe

taman tengku anis

Still GEMUK

Ni AL Quran pink aku



Ok.. hari ni masak..dah update tadi.. then after zohor aku keluar.. g jalan2.. lepak KBMALL.. dengan imin, elya & thah... ok one wonderful day.. thanks to they all sbb hari ni lah hari aku ketawa dan gembira.. setelah sekian lama.. esspecially dengan jenaka2 mereka.. lepak mcD dekat 2 jam lebih, after that aku dgn elya ke TAMAN TENGKU ANIS... for the first time i think aku g situ.. Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak ketaman... tenang minda melihat makhluk2 ciptaan NYA... melihat ALAM ciptaan nya yang menghijau...

 then masa balik tu singgah sembahyang asar kat MASJID TELIPOT.. Ya'ALLAH.. tenang je rase duk dalam masjid... rase macam taknak balik.. sebelum lupa.. aku tadi kt KBMALL aku beli AlQURAN.. warne pink.. dah lame aku nak ALQURAN... semoga ini permulaan yang baik dalm hidup aku.. AMIN...



3,4 &5 step resioi.. resipi untuk si bujang..

Char Kuew Teaw 345

Main Ingredient

Hasilnya



Today masak char kuew teaw, tapi buat kering sket...xnak kuah banyak2.. breakfast kn.. kot2 loya plak.. today gak nak introduce resipi 345 step.. resipi sesuai untuk orang bujang, orang yang baru nak belajar masak..

Aku tahu sangat sesetengah orang kata masak tu leceh sebab banyak sangat nak kene buat.. so meh aku ajar cara masak yang sangat simple dan cepat! section 345 step dalam pembinaan nanti jemput melawat yer.. :)

HAVE A NICE DAY U ALLs!!

Isnin, 5 November 2012

Sementelah takde FB lagi bagiku... :'(

FACEBOOK OWHH FACEBOOK...



 ya..ya..ya... dah genap sebulan aku tiada FESBUK... paling lama dalam sejarah hidup ku.. setakat ini mampu bertahan lagi..

kenapa tak de FESBUK? sebab  fesbuk akan buat aku lose control.. si dia pun dah tegur..berkali2.. fesbuk aku tu annoying.. memalukan.. mybe salah aku jugak FESBUK ku jadikan papan coretan lepas geram..

gaduh sebab fesbuk tu benda biasa okay? SETUJU tak? aku percaya korang pun ada yang pernah gaduh, bah kan ada yang bercerai kerana fesbuk tu..

so i avoid to have facebook so much.. wakakakaka... facebook banyak wat aku sakit hati..

Penne Ziti Regate- 91 ( adejugakbendealahyangnamamacamnie)

Penne Ziti Regate-91
 Ini adalah salah satu dari kategori pasta.. namenye Penne Ziti Regate.. ok name nak macam vogue.. pergh dah macam alien dah... kikiki...

Penne ni kite boleh jugak makan atau masak macam spaghetti... makaroni sebab mereka adalah sepupu...hua..hua..hua..

so nak dijadikan cerita.. today i cook la... perghhh.. tengah syok2 tido datang la budak kecik yang tak pegi sekolah.. "kak yah..bangunn umi suruh masok" ( padahal die lapar) wakakakaka... lalu dengan malasnyer aku melangkah kedapur (muke xbasuh).. aku pun rebus la penne ni.. untuk goreng bagi adik tu makan..

nak resipi..ok just simple sangat... :

BAHAN-BAHAN

Rebus 250g Penne Ziti Regate (aku biase beli brand LA FONTE)
sedikit isi ayam
3 ekor sotong
4 ekor udang
1 biji telur
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
sedikit lada sulah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MASAK

1- Rebus penne selama 10 minit tambah secubit garam (rebus sampai kembang)
2- lepas penne dah siap rebus baru prepared barang lain
3- cincang bawang putihn merah, potong cube isi ayam
4-panaskan minyak tumis bawang sampai naik bau, kemudian masuk kan lauk2 tadi
5- goreng 3 minit, kemudian masukkan air sos tomato & sos cili kacau sebati, kemudian masukkan telur dan sedikit garam
6- bila telur agak nak masak tu,masukkan penne gaul rata , goreng selama 5-10 minit lagi. (sehingga telur tu macam kering ( UP TO U.. ada orang suka basah2 sikit)
7-siap!! hidangkan bersama serbuk lada sulah & bawang goreng

* nampak macam leceh but mudah sangat tak sampai 20 minit actually.. orang bujang pun boleh try lorh... and kalau dhiya la.. tambah sos sikit masa makan PERGHH best siot...

GOOGLE AGENT