Bukan senang bagi seorang perempuan untuk membina
kepercayaan pada seorang lelaki yang bukan suaminya. Tapi aku telah berjaya
membinanya.. itu dulu sebelum aku terlihat beberapa keping gambar.. 2 tahun yg
lalu..saat beberapa bulan cinta bersemi. Tak dicampurkan lagi dgn mesej2 kasih
syg dlm myspace, dan YM serta fon.. mungkin kamu blh berkata TAK LAYAN.. tp
kelakuan para perempuan itu sungguh menyakitkan hati. Melukakan hati aku
sebagai kekasih mu yang jujur mencintai kamu. Saat hati sedang jujur, kamu
curahkan cat hitam sehingga aku terasa lemas.. bukan mengungkit cerita dulu
kala tapi ini kesannya sehingga sekarang.. dan kenapa aku jd begini sukar
mempercayai kamu.. telinga ini mendengar nyanyian manja seorang perempuan
ditelefon tatkala aku menjawap panggilan perempuan yg menelefon kamu, mata ini
yg membaca mesej2 manja yang dihantarkan dan HATI ini yg menangis kecewa. Untuk
pengetahuan kamu, aku jujur mencintaimu, xpernah sekali aku curangi kamu dlm
tempoh 3 tahun ni. Hanya kamu seperti suami, abg dan kawan bg aku, kamu org kepercayaan
aku. Mungkin kamu terlupa aku perempuan
suci yg mencintai kamu seadanya, ikhlas tak meminta belas. Kata-kata tak cukup
untuk buktikan kamu dh berubah kerana aku masih dpt membaca beberapa keping mesej
perempuan tak dikenali selepas kejadian tu. Sekarang kamu perlu berkerja keras
untuk 1 benda iaitu KEPERCAYAAN aku yg kamu khianati dulu. Samaada kamu mahu
atau tak, itu la hakikat aku banyak terluka dgn PEREMPUAN tak dikenali bg kamu
perkara remeh tp bukan bg aku yg mencintai kamu sepenuh hati aku. STOP menjadi
ejen cari jodoh untuk kawan! STOP terlalu mesra dgn budak perempuan tepi jalan!
Dan STOP jika kamu mahu aku mempercayai kamu.
AKU MENCINTAIMU WALAUPUN AKU TERLUKA CINTA TU TAK PERNAH PADAM..SENTIASA
SAMA SEPERTI DAHULU, kdg2 aku tak menyalahkan kamu, aku menyalahkan perempuan2
itu yg gatal.. sedaya upaya aku cuba membersihkan hati ini untuk percayakan
kamu sehingga aku selalu menyalahkan kaum sendiri..