Untuk menjadi seorang Chef kita perlu tahu mengenai segala benda bukan sekadar memasak sahaja. |
Kenapa Saya Patut Dianugerahkan Blogger MasterChef Yang Pertama?
Dhiya patut mendapat
gelaran Blogger MasterChef Yang Pertama
kerana ini adalah impian Dhiya sedari
umur 11 tahun, benda pertama yang Dhiya berjaya buat masa tu adalah kek
coklat , tanpa bantuan sesiapa.
Dhiya pernah menangis semasa umur 18 tahun
kerana tak terpilih untuk kos kulinari art UITM, sedangkan hati ni nak sangat
belajar dengan lebih mendalam tentang dunia masakan. Impian takkan tercapai
tanpa usaha, walaupun Dhiya banyak kali kecundang namun hasrat dihati untuk
menjadi GENIUS CREATIVE CHEF tak pernah pudar.
Dhiya pernah kata pada diri
sendiri
“ walaupun aku tak terpilih untuk kos kulinari, walaupun aku pernah
kena reject saat masa nak sertai
pertandingan memasak kat UITM, walaupun orang kutuk masakan aku, aku akan
buktikan aku lebih hebat dari kalian sangkakan dan setaraf Chef Wan”.
Chef
Wan tu idola Dhiya, minat sangat dekat beliau, orang lain pergi perpustakaan
belajar benda berkaitan kos tapi Dhiya
menyelak buku resipi Chef Wan Around The World.
Tapi untuk pertandingan
yang akan datang nie , Dhiya akan
memasak masakan istimewa yang setiap kali Dhiya buat orang akan teringat &
mintak buat lagi iaitu “ Dhiya’s Rock Porridge”. Umi
Dhiya, tiap kali Dhiya balik cuti
mesti suruh Dhiya buat bubur nasi, tunang Dhiya pula selalu merengek macam
budak tiap kali dia demam mesti nak bubur nasi Dhiya, Adik lelaki Dhiya pula
tak suka makan sayur, tapi sayur dalam bubur nasi habis licin dia makan.
Bubur nasi ni kalau sebelah Kelantan kitaorang
panggil “ Nasi Air”, kat Kelantan senang nak cari nasi air ni, murah tapi
jarang jumpa yang sedap yang boleh buat kita ketagih. So, untuk pertandingan Blogger
MasterChef , Dhiya pertandingkan resipi
nasi air / bubur nasi yang Dhiya
recreate balik dari asal. Sebenarnya nak buat video tapi alat untuk rakam pula
tak ada. So Dhiya Buat dalam bentuk gambar.
Resipi yang Dipertandingkan...
Catatan resipi yang ringkas "simple note to remember" |
Sejarah Bubur
Bubur merupakan sejenis masakan yang menggunakan banyak air.
Pada kebiasaannya bubur adalah cair. Terdapat pelbagai jenis bubur,
yang biasanya dinamakan menurut bahan yang digunakan bagi menghasilkan
bubur tersebut.
Sejarah Nasi Air Rock (Rock Porridge)
Nama asal : Nasi Air @ Bubur Nasi
Nama Kormesial : Rock Porridge
(
Dhiya letak nama " Rock Porridge" sebab dalam hidangan nie kita boleh
makan dengan pelbagai cara, contohnya nak makan dengan cara simple atau
nak penuhkan hidangan dengan sayur, atau lauk sahaja, kalau macam Dhiya,
Dhiya suka penuhkan hidangan nie dengan sayur banyak & lauk mcm
yang Dhiya buat dalam gambar dibawah. Sebenarnya nak masak nasi bubur ni
ada macam2 cara, sama ada nak makan dengan sup tulang, sup ayam &
tomyam pun boleh, orang cakap " makan ikut selera ". Dhiya suka makan
dengan sup ayam. Oleh kerana nasi bubur nie boleh dihidangkan dengan
cara macam2 so dya letak aje namanya rock porridge. bila dah rock
macam-macam boleh, macam ASTRO " macam-macam ada.)
Bahan- bahan Untuk Sup, Nasi & Rencah |
Kita ada bawang,rempah, sayur, tempe, ikan bilis, beras kisar |
Pilihan campuran tambahan dalam Rock Porridge Boleh dihidangkan mengikut selera, nak sayur lebih ke tak nak langsung ke |
Rupa bentuk Rock Porridge yang dah siap. Yang ni agak sepah sikit sebab dihidangkan dengan gaya selera Dhiya, sayur banyak |
Bukti Ana yang buat la. " Bon Apetite" |
Latarbelakang Tentang Program MasterChef
MasterChef adalah satu
fenomena di seluruh dunia.yang bermula pada tahun 1990 merupakan satu
pertunjukan memasak realiti., walaupun tidak membenarkan penonton
untuk mengundi, masih pecah rekod penonton
di Amerika Syarikat dan Australia. MasterChef adalah
satu kejayaan kerana bukan sekadar sesuatu makanan
yang kita semua suka tetapi menunjukkan hanya
membenarkan tukang masak amatur,
orang-orang yang tak pernah belajar memasak dan hanya tahu memasak secara
belajar sendiri dan asas untuk bersaing bagi merebut takhta MASTERCHEF. Rakyat
Malaysia yang suka memasak tetapi tidak
pernah berpeluang untuk benar-benar mempamerkan kemahiran mereka dan
akan dihargai, kini
mendapat peluang! Tontonlah
fenomena MasterChef untuk mengambil alih Malaysia
pada 22 Oktober 2011 di ASTRO RIA (channel
104) !!!
Wikipedia Tentang MasterChef.. Banyak
negara yang anjur program ni..
http://en.wikipedia.org/wiki/MasterChef
Notis Penting!!
.
Ingat..
“When
U Cook U will feel Good”
*Kalau nak makan nasi air yang sedap, jangan lupa singgah di Mak Su Nab Nasi Air yang terletak di Berek 12, Kota Bharu dan tak jauh dari Stadium Kota Bharu @ Hospitak Besar Kota Bharu. Sedap dah murah pasti kenyang!
*Kalau nak makan nasi air yang sedap, jangan lupa singgah di Mak Su Nab Nasi Air yang terletak di Berek 12, Kota Bharu dan tak jauh dari Stadium Kota Bharu @ Hospitak Besar Kota Bharu. Sedap dah murah pasti kenyang!
KLIK UNTUK LINK KE ALBUM FACEBOOK |