ANIVERSARY BELOG

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 10 November 2012

Pelangi Senja... Vs Cinta Senja




lately.. i am not very happy.. rasa macam jauhnya aku.. rasa blur.. buntu.. Ya'Allah.. merintih perasaan ini, tiada kata mampu di ungkap, tiada yang mengerti..

most people said, i dont deserve to be like this.. tapi aku NTAH.. tu je akan keluar dari mulut aku... NTAH... looks like i already give up..

Mungkin ada hikmah.. but untuk buka hati ini pada orang lain, macam apa yang orang suggest.. i will think twice.. bukan senang aku nak bercinta, mencinta..

event with mr.X its takes about 1 years untuk aku lupekan die before i met opie.. Ya'ALLAh... dugaan apakah ini... :'(

bukan pinta aku nak end ups like this.. i love him damn much.. 


OWHH TUHAN TOLONGLAH AKU.. HAPUSKAN RASA CINTAKU... AKU PUN INGIN BAHAGIA.. WALAU TAK BERSAMA DIA.....:(

Jumaat, 9 November 2012

ALHAMDULILLAh... FINAL SEMESTER... result...

Syukur...Alhamdulillah..........................

walaupun badai melanda tatkala final exam untuk final semester ni.. dapat jugak aku COMPLETE kan diploma aku... syukrann YA'ALLAH....

nie hadiah buat orang2 yang nak sangat aku berjaya.. hua3.. amik la print.. tampal dalam bilik.. hihihi... ape2 pun.. sijil ni akan ku gantung di gerai nasi lemak kopi O aku nanti...

 berdebor siot nk check.. tapi ku gagahkan diri... aku cakap kt diri aku " WHETHER ITS BAD OR GOOD, THATS MY EFFORT"...

 hohohohoho...

Selasa, 6 November 2012

Ajarkan aku bahasa Syurga :)

Istikharah... baca yassin... berzikir.. Ya'ALLAH... aku masih buntu.. jalan hidupku berliku.. terkadang bila aku fikir.. langsung aku tak nampak apa dihadapan.. apa kesudahannya.. Zahir aku nampak okay tapi dalam hati ALLAH yang tahu.. Ya'ALLAH.. bertapa aku rindu berada dijalanMU.. Semoga ada pengakhiran yang baik untuk AKU.. KAMU... amin...

My CAT... kecik namenye.. manje sangat3

AUCAKKK>> senget

my bestie IMIN & ELYA

path way 

Elya... hehehe

taman tengku anis

Still GEMUK

Ni AL Quran pink aku



Ok.. hari ni masak..dah update tadi.. then after zohor aku keluar.. g jalan2.. lepak KBMALL.. dengan imin, elya & thah... ok one wonderful day.. thanks to they all sbb hari ni lah hari aku ketawa dan gembira.. setelah sekian lama.. esspecially dengan jenaka2 mereka.. lepak mcD dekat 2 jam lebih, after that aku dgn elya ke TAMAN TENGKU ANIS... for the first time i think aku g situ.. Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak ketaman... tenang minda melihat makhluk2 ciptaan NYA... melihat ALAM ciptaan nya yang menghijau...

 then masa balik tu singgah sembahyang asar kat MASJID TELIPOT.. Ya'ALLAH.. tenang je rase duk dalam masjid... rase macam taknak balik.. sebelum lupa.. aku tadi kt KBMALL aku beli AlQURAN.. warne pink.. dah lame aku nak ALQURAN... semoga ini permulaan yang baik dalm hidup aku.. AMIN...



3,4 &5 step resioi.. resipi untuk si bujang..

Char Kuew Teaw 345

Main Ingredient

Hasilnya



Today masak char kuew teaw, tapi buat kering sket...xnak kuah banyak2.. breakfast kn.. kot2 loya plak.. today gak nak introduce resipi 345 step.. resipi sesuai untuk orang bujang, orang yang baru nak belajar masak..

Aku tahu sangat sesetengah orang kata masak tu leceh sebab banyak sangat nak kene buat.. so meh aku ajar cara masak yang sangat simple dan cepat! section 345 step dalam pembinaan nanti jemput melawat yer.. :)

HAVE A NICE DAY U ALLs!!

Isnin, 5 November 2012

Sementelah takde FB lagi bagiku... :'(

FACEBOOK OWHH FACEBOOK...



 ya..ya..ya... dah genap sebulan aku tiada FESBUK... paling lama dalam sejarah hidup ku.. setakat ini mampu bertahan lagi..

kenapa tak de FESBUK? sebab  fesbuk akan buat aku lose control.. si dia pun dah tegur..berkali2.. fesbuk aku tu annoying.. memalukan.. mybe salah aku jugak FESBUK ku jadikan papan coretan lepas geram..

gaduh sebab fesbuk tu benda biasa okay? SETUJU tak? aku percaya korang pun ada yang pernah gaduh, bah kan ada yang bercerai kerana fesbuk tu..

so i avoid to have facebook so much.. wakakakaka... facebook banyak wat aku sakit hati..

Penne Ziti Regate- 91 ( adejugakbendealahyangnamamacamnie)

Penne Ziti Regate-91
 Ini adalah salah satu dari kategori pasta.. namenye Penne Ziti Regate.. ok name nak macam vogue.. pergh dah macam alien dah... kikiki...

Penne ni kite boleh jugak makan atau masak macam spaghetti... makaroni sebab mereka adalah sepupu...hua..hua..hua..

so nak dijadikan cerita.. today i cook la... perghhh.. tengah syok2 tido datang la budak kecik yang tak pegi sekolah.. "kak yah..bangunn umi suruh masok" ( padahal die lapar) wakakakaka... lalu dengan malasnyer aku melangkah kedapur (muke xbasuh).. aku pun rebus la penne ni.. untuk goreng bagi adik tu makan..

nak resipi..ok just simple sangat... :

BAHAN-BAHAN

Rebus 250g Penne Ziti Regate (aku biase beli brand LA FONTE)
sedikit isi ayam
3 ekor sotong
4 ekor udang
1 biji telur
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
sedikit lada sulah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MASAK

1- Rebus penne selama 10 minit tambah secubit garam (rebus sampai kembang)
2- lepas penne dah siap rebus baru prepared barang lain
3- cincang bawang putihn merah, potong cube isi ayam
4-panaskan minyak tumis bawang sampai naik bau, kemudian masuk kan lauk2 tadi
5- goreng 3 minit, kemudian masukkan air sos tomato & sos cili kacau sebati, kemudian masukkan telur dan sedikit garam
6- bila telur agak nak masak tu,masukkan penne gaul rata , goreng selama 5-10 minit lagi. (sehingga telur tu macam kering ( UP TO U.. ada orang suka basah2 sikit)
7-siap!! hidangkan bersama serbuk lada sulah & bawang goreng

* nampak macam leceh but mudah sangat tak sampai 20 minit actually.. orang bujang pun boleh try lorh... and kalau dhiya la.. tambah sos sikit masa makan PERGHH best siot...

Ahad, 4 November 2012

Rasa GELI OTAK...



Sometimes.. bila terlalu banyak PERMASALAH yang perlu difikir.. tak perasan pulak otak dah kerja lebih masa.. even tengah tido pun masih lagi berfikir.. celik mate terus berfikir.. no wonder la sehari dua ni asyik sakit kepala la.. sakit perot la..segala sakit menyerang...

YA'ALLAH.. kuatkanlah aku ini.. doa xputus2 ku iringi... uwaaaaaaaaa.. bila la nk ending.. what ever, how ever my ending.. i will accept it.. tapi tolong la... dugaan ini tak tertanggung...

Tak de selera makan, muntah, cirit... perot senok... sakit kepala... badan panas tibe2... nangis tibe2.. tu adalah perkara biasa bagi aku.. dah sebulan aku macam tu.. sometimes aku rase aku dah sakit teruk.. adik tegur pun.. she said aku dah nampk kurus.. STRESS beb.. stress tahap akhir.. sampai aku rase mcm nk amik ubat penenang or ubat tido.. just give me a little peace...

BUT.. Alhamdulillah... although this is my hard time.. masa ni jugak aku ambil.. dekatkan diri pada ALLAH.. aku solat sunat banyak2.. berzikir... baca yassin tak pernah miss..kadang2 sampai 2,3 kali sehari.. looks how i try to get my peace life back... crying.. is what i hate most.. tp skrg air mata tu la teman tido aku, teman bangun pagi... huhuhu

Subahanallah...Allahuakhbar... ikhlaskan aku dijalanMU...

*ntah la lately teringin sangat nak berjalan kat sebuah taman yang cantik.. berjalan ikot path way... tgk kehijauan.. dan kanak2 bermain.. ANYONE???? ade ke orang nak bawak?


in addition - "u know what.. aku discover something about that girl..that GIRL is just common girl, perangainyer budak2 jgk, selalu fail dalam cinta, so kelemahan die mudah jatuh cinta, then everytime she fall in love with WRONG guy..she act like she miss perfect.no wonder we cannot get along. she always hurt me... mungkin die ade rupa,n manje.. thats way lelaki terguda2.. but remember.. i always told my self kalau nak ambik mangga, tengok kulit luar.. kadang2 kulit luar cantik, dalam penuh ulat ,isi pun masam.. baik petik mangga yang kulitnya karat, hitam sikit kt luar, tapi isinya manis dan elok..begitu la juga wanita... kalu dia cantik xsemestinya dia baik..dan kalau dia baik diluar.. hatinya xsemestinya baik.. ada udang disebalik MEE...(owh rindu peribahasa ni).. sekadar selingan.. banyak lelaki yang tertipu dengan rupa..sanggup tinggal anak bini, tunang kerana kejarkan rupa..last2 nyesal sampai mampos... JANGAN JADI PAK KADUK YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DI KENDONG BERCICIRAN...

Sabtu, 3 November 2012

Kisah Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah s.a.w., dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumaHnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah s.a.w. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril a.s. berkata, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah s.w.t. berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Jumaat, 2 November 2012

Kisah Bidadari Syurga..Ainaa Ul Mardhiyah


Kisah Bidadari Ainaa’ ul Mardhiyah



Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdul Wahid bin Zaid: "Pada suatu hari ketika kami di dalam satu majlis persiapan untuk pergi berjihad, aku memerintahkan kawan-kawanku untuk mula keluar ke medan peperangan pada hari Isnin, lalu seorang dari kami membaca ayat 11 surah Attaubah yang bermaksud: "Sungguh Allah SWT telah membeli dari kaum Mukminin jiwa dan harta mereka dengan dibayar syurga".

Di dalam majlis itu ada seorang pemuda yang berumur 15 tahun. Beliau yang baru kematian bapanya telah menerima harta waris yang banyak telah berkata: "Ya Abdul Wahid, aku bersaksikan padamu untuk menjualkan diri dan hartaku untuk mendapatkan syurga itu". Aku berkata padanya: "Sungguh berat untuk menghadapi tajamnya pedang itu sedangkan kamu masih kanak-kanak, aku takut kamu tidak tabah, juga tidak sabar untuk menghadapinya sehingga tidak kuat meneruskan penjualan itu". Pemuda itu lantas berkata: " Wahai Abdul Wahid, apakah aku akan lemah kalau aku menjualkan diriku pada Allah SWT? Aku persaksikan padamu sekali lagi bahawa aku telah menjualkan diriku pada Allah SWT. Kami tidak merasakan anak kecil tidak boleh berbuat demikian". Maka pemuda itu menyerahkan semua hartanya yang ada kecuali pedang, kuda dan sedikit bekalan untuk ke medan peperangan.

Bila tiba hari Isnin, beliaulah orang yang pertama sampai untuk berangkat ke perbatasan dan mengucap salam kepada ku: "Assalamualaikum ya Abdul Wahid" Aku menjawab: "Wa alaikassalam warahmat Allah wabarakaatuh. Semoga Allah SWT memberi keuntungan dalam jualanmu itu."

Ketika perjalanan, pemuda itu berpuasa di siang hari dan bangun sembahyang serta menjaga keselamatan kami di waktu malam. Beliau jugalah yang menjaga ternakan yang kami bawa sambil melayani keperluan kami di siang hari. Ketika sampai di sempadan negeri Rum, tiba-tiba pada suatu hari selepas waktu Asar, pemuda itu datang meluru sambil menyeru: "Alangkah rindunya aku akan Ainaa’ ul Mardhiyah". Ramai di antara kami menyangka pemuda itu mengalami ganguan saraf ingatan.

Lalu aku menyambut kedatangannya seraya bertanya: "Wahai kesayanganku, apakah itu Ainaa’ ul Mardhiyah?" Lantas beliau menjawab: "Tadi aku tertidur sebentar. Aku bermimpi seseorang datang kepadaku seraya berkata, mari aku bawa kamu bertemu Ainaa’ ul Mardhiyah. Aku dibawa ke satu taman yang sangat cantik. Di situ ada sungai yang airnya sangat jernih. Aku melihat ramai gadis yang kecantikan mereka tidak dapat aku gambarkan, lengkap dengan perhiasan sedang bermain di taman itu. Apabila mereka menyedari kehadiranku, dengan wajah teramat gembira mereka berkata Demi Allah, itulah suami Ainaa’ ul Mardhiyah. Lantas aku memberikan salam kepada mereka, Assalamualaikunna, apakah di sini tempat Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab salamku dan berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, majulah kamu ke depan lagi."

Pemuda itu meneruskan ceritanya: "Akupun meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu taman yang ada sungai susu yang tidak berubah rasa. Kehadiranku disambut oleh sekumpulan gadis yang lebih cantik dari yang pernah ku lihat sebelum mereka. Mereka berkata, Demi Allah lihatlah, suami Ainaa’ ul Mardhiyah sudah sampai. Akupun mengucapkan salam kepada mereka lantas bertanya, apakah ada di antara kamu ini Ainaa’ ul Mardhiyah? Sesudah menjawab salamku mereka berkata yang mereka adalah budak serta pelayan-pelayan Ainaa’ ul Mardhiyah. Mereka meminta agar aku meneruskan perjalananku."

Pemuda itu berkata lagi: "Aku meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu lembah yang ada sungai khamar pula. Di situ ramai gadis sedang bersuka ria, yang mana mereka lebih cantik sehingga menyebabkan aku lupa akan kecantikan gadis yang aku lihat sebelum mereka. Akupun mengucap Assalamualaikunna, apakah ada pada kamu Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka juga berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, teruskan perjalanan kamu ke hadapan."

Pemuda itu menyambung cerita: "Tiba-tiba aku bertemu pula dengan sungai madu di dalam satu kebun. Ku lihat kebun itu dipenuhi dengan ramai gadis yang bagaikan cahaya dalam kecantikan mereka. Aku mengucap Assalamualaikunna, apakah di sini ada Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab Ya Wali Allah, kami hanyalah budak serta pelayannya sahaja. Majulah kamu ke hadapan".

Pemuda itu mengakhirkan cerita: "Akupun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba aku sampai pada satu kemah yang diperbuat dari permata yang berlubang. Ku lihat ada seorang gadis yang lebih cantik dari sebelumnya sedang menjaga pintu kemah tersebut. Setelah ia melihat akan kehadiranku, dengan nada gembira ia berseru, wahai Ainaa’ ul Mardhiyah, suami kamu sudah sampai. Dengan rasa penuh rindu, akupun meluru masuk ke dalam kemah berkenaan. Di dalam kemah itu ada satu tempat tidur yang diperbuat dari emas yang bertaburan permata yakut serta berlian. Sungguh aku terpesona bila ku lihat akan kehadiran seorang gadis yang sangat cantik rupawan, menatap aku dalam senyuman duduk di atas tempat tidur berkenaan. Dengan alunan suara merdu ia menyambut aku dengan kalimat, Marhaban bi waliyir Rahman, sudah terlalu hampir saat pertemuan kita. Aku ingin mendakapnya. Tapi Ainaa’ ul Mardhiyah lantas berkata kepadaku, sabarlah dahulu wahai kekandaku kerana belum tiba masanya, kamukan masih hidup di alam dunia. Nanti bila malam kamu akan berbuka puasa di sini InsyaAllah. Kemudian akupun tersedar dari tidurku. Wahai Abdul Wahid, aku rasa tidak sabar lagi…"

Abdul Wahid berkata: "Belum sempat pemuda itu menghabiskan ceritanya, tiba-tiba kami diserang oleh pasukan musuh. Bersama pemuda itu kami melakukan serangan balas terhadap pasukan musuh berkenaan. Setelah ia berjaya membunuh sembilan orang kafir, akhirnya ku lihat pemuda itu rebah Akupun segera pergi ke arahnya. Dalam keadaan tubuhnya yang berlumuran darah, ku lihat pemuda itu dalam keadaan tersenyum sehinggalah ia meninggal dunia."

Wallahu'alam.



* NOTE : aku copypaste jer.. tp agak menarik.. kisah bidadari syurga.. nangis aku bace..

Hari ni.. PUnyer Cerita..

Hari ni tak masak.... Head Chef ade kan.. so die masak.. menu singgang tenggiri & tenggiri bakar tawar cicah kicap.. hari ni bangun awal la jugak.. kul 8 gtu.. bangun msg dgn DIE.. DIE huhuhu... bercakap tentang DIE...  hurm.. ntah la.. sehari dua ni mood agak kacau.. Ya'Allah.. aku pun xtahu ape nak jadi dengan hidup nie.. baru 21 tahun.. dah macam2 nk tempuhi..

Okay.. A little bit weird DIE hari ni... sebab tengah hari tadi he said nk tido... ngantok.. then aku pun same la ngantuk. but after 1 hour sleep vibrate la pulak fon nie.. dah la mase nk tido tu pong pang pong pang mesej die.. WEIRD.. sbb selama nie die tu xsuke msg2.. haa sambung2 after 1 hour tido.. he call me.. ok.. merengek manje lain macam.. tak penah2.. ok bukan xpenah... tp dah lame die tak macam tu.. huhuhu he remind me once upon a time dulu2.. b4 wujud nye makhluk2 lain & wujudnye dugaan2 nie.. really tindakan die tu buat aku macam sebak dan RINDU sgt kt die.. so far ALHAMDULILLAH... syukur pada Allah.. die dh kembali macam dulu sedikit demi sedikit. ok tu pada pandangan aku...

Tak tahu la hakikat sebenar.. but i hope sangat itu adalah  tanda he has back to normal.. aku tau PLAYBOY bukan dirinya.. tp perempuan termudah jatuh sayang kat die... i know him better than anyone.. but ALLAH know him more i think.. Allah maha mengetahui.. itu je aku yakin...

Ok... DIE ni baru aku perasan agak cerewet.. on our last date aritu.. die membebel kuat sangat sebab masuk car wash tp kete die still xbersih lalu di adu pada owner carwash tu.. perghhhhhh.. CEREWET ea kamu.. no wonder la banyak sgt complain tentang aku... kikiki.. but despite that i know.. he the most man i love and i care about... sayang... berat sungguh dugaan kali ni.. sehingga aku buntu.. yang aku tahu aku sayang kamu... sayang sangat....


Khamis, 1 November 2012

"aku Nikah kan dikau........"

Assalamualaikum semua...... owh sweet.. biar mimpi sampai ke bintang...  nak dijadikan cerita... hari ni.. aku bangun tido macam  biase, but today i cry... hoho why sebab mimpi yang terlalu sedih.. 2 kali aku mimpi benda yang same.. first mimpi adik bongsu aku jatuh dalam perigi, langsung aku terjun untuk selamatkan die, Alhamdulilah selamat.... second mimpi tu berubah, kawan baik aku.. NAD.. jatuh dalam perigi.. langsung aku terjun nak selamat kan.. aku rase aku dah selamat kan die dah pun.. dengan susah payah aku bawak die naik atas sama macam ape yang aku buat kat adik aku.. then, bila dah naik atas tu, nobody can see her... except aku la.. tu la yg jadi pelik.. then bila aku bercakap dengan Nad.. she said, she al ready dead... at the bottom of the well... aku nampak die sebab aku yang taknak lepaskan roh die, rupenye aku bercakap dengan roh... yang aku nampak tu roh.. ( teringat plak cite KARAK) then Nad cakap sebab hal sebenar dah terbongkar.. anytime die akan hilang.. lepas tu aku kejar die.. then AKU WAKE UP and cry.. langsung aku msg Nad.. Miss Her so much.. padahal baru xsampai sebulan cuti...



ok back to main topic.. tadi tengah2 mengelamun.. then berangan..(oh no.. terlintas diminda) saat si opie tu akan cakap... "AKU TERIMANYA NIKAH NURUL NADIAH........." owh.. aku rase for sure sangat i will cry... kegembiraan yang tak terhingga.. ntah la.. sometimes aku rase our time dah dekat.. cume tak tahu bila.. lately banyak sangat dugaan yang kami lalui.. dugaan2 berat..kate opie.. DUGAAN akhir.. huhuhu.. is it true? nak kawen mmg banyak dugaan ek? ( langsung teringat kate2 Nad 2 tahun lepas) ..Ya'Allah.. kuatkanlah kami hadapi dugaan mu ini.. for sure aku tak berhenti solat hajat, dan berdoa.... moga2 panjang jodoh kami... hurmmmmmm..

ERGHHHH dop sabo lok nk nikoh....

tak harap majlis grand mcm kak hawa pun.. just simple just for sweet memory okay...  currently my life soo soooo KACAU BILAU... tak tahu kenapa.. sampai kan kadang2 macam tak sanggup dah and GIVE up.. but teringat plak ALLAH S.W.T xsuka orang yang mudah putus asa.. so i wake up and realize that.. i WONT give up!! this is my dream... GET MARRIED with my soulmate, have happy life ever after.... bagi aku life tu ADVENTURE.. orang kate kawen susah, nk jaga laki, ada anak kecik payah..duit tak cukup.. laki buat hal.. gaduh laki bini.. but for me... itu lah KEHIDUPAN sebenar.. kalau tak lalui kesusahan tu.. xde makne la hidup.. kesusahan itu akan mengajar kita untuk menghargai kesenangan yang akan datang... aku tak mengharap hidup yang kaya raya, hidup yang bertaraf.. cukup lah kami bahagia, dan yang penting hidup dijalan yang ALLAH S.W.T redho..  banyak sangat nawaitu aku after kawen... really la.. aku nak sangat kawen sebab aku tahu akan jadi seorang muslimah after kawen.. mesti korang tertanye2 why cakap gtu? biar lah itu rahsia aku dan ALLAH S.W.T... :)


 ok enough.. membebel aje keje aku kan.. kikiki... daaaaaa... bubyeeee zassss

Kisah Kaum Sosej... :)


Pada Zaman dahulu kala.. terdapat satu kaum.. iaitu kaum SOSEJ...  mereka hidup aman dan damai di kubu KENTANG mereka.. dilimpahi dgn mayonis, dan sos cili, itu la mata pencarian mereka.. keistimewaan kaum sosej adalah mereka mempunyai rambut putih... mereka hidup bahagia.. sehinggalah datang raksaksa BIRU BOLO2.. menyerang... HUARGHHHH!!! raksaksa itu cuba memusnahkan kubu kentang kaum sosej kerana KENTANG adalah makanannya..wakakakaa.. HE LOVE FRIES yoo... begitulah ceritanya...


To be continue.. hahhaa

Rabu, 31 Oktober 2012

Jom Belajar Tentang SOULMATE

Mesej dgn someone and he mention about SOULMATE.. actually dari dulu lagi aku dah tau tentang soulmate nie.. soulmate ni macam seseorang yang kita kenal kita rasa tenang, gembira, tengok dia dari jauh pun kita tersenyum, dan bila 2 orang soulmate berjauhan hidup mereka seolah-olah tak lengkap, bermasalah.

Two Is Better than 1

Ada dongeng mengatakan yang soulmate ini terjadi apabila 1 jiwa jatuh ke bumi, lalu ia terpisah kedalam 2 jasad manusia. Dan 2 jasad ini takkan lengkap selagi mereka tidak bertemu untuk saling melengkapi.

Soulmate juga dikatakan seseorang yang kita berjumpa buat pertama kali dan kita tertarik antara 1 sama lain seolah2 ade CHEMISTRY .. huhuhu... then apabila kita bercakap dengannya seolah2 kita telah mengenalinya lama dahulu.. di suatu tempat.. kadang-kadang kita takkan sedar bahawa dia soulmate kita sehinggalah kita dipaksa berpisah dengannya.. disitu kita akan sedar yang dia melengkapi kita dari segi dalaman walaupun bukan luaran.

Soulmate can be..


Your other half. Your best friend. You go together like milk and cereal, capegirl and capeboy, kaila and max.The person that when you find them makes you Feel whole and complete. The person you've been waiting your entire life to find. The person that once you find them you could not even imagine being without"

so kesimpulannya SOULMATE (pasangan JIWA) adalah orang yang anda temui, anda merasakan hidup akan lengkap bersamanya, dan anda rase hidup akan kusut tanpanya.. setiap makhluk dicipta berpasang2,, mungkin soulmate in MALAY term adalah JODOH,kerana soulmate juga di definasikan sebagai seseorang yang ditemukan untuk anda dalam perkahwinan yang kekal.. soulmate akan menjadikan diri anda sempurna, dia boleh mengubah perangai anda, boleh menjadikan anda sebaik2 manusia daripada sebelum ini.


THEN WHO ARE YOUR SOULMATE?????



TWO IS BETTER THAN ONE...


Daging & Lada HItam Kombinasi yang Menyelerakan

Lada Hitam atau nama saintifiknya PIPER NIGRUM. 
Peppercorn,Lada hitam, Black Pepper

Buahnya, yang dikenali sebagai lada apabila kering,  merah gelap apabila telah matang, dan, mengandungi sebiji benih sahaja. Lada, dan lada serbuk yang diperolehi daripada pengisaran buahnya, boleh dihuraikan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam, lada hijau dan lada putih. Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati di sana dan di kawasan tropika.

Merupakan salah 1 rempah wajib dalam masakan tertentu.. Lada hitam akan menghasilkan aroma yang membangkitkan selera, baunya manis2 pedas.. baik panggang, atau masakan berkuah atau goreng kering.. memang PERGHHH rasanya jika letak lada hitam..

Lada Hitam adalah sumber terkaya dengan vitamin anti-oksidan seperti vitamin C dan vitamin-A. Ia juga kaya dengan anti-oksida flavonoid polifenolik seperti karoten, cryptoxanthin, zea-xanthin dan lycopene. Sebatian ini membantu tubuh badan membuang radikal bebas yang berbahaya dan membantu melindungi daripada kanser dan penyakit.


So Hari ni I cook la.. cook daging la ape lagi.. 2 resipi lada hitam aku buat...



1- Daging Lada Hitam

Daging Lada Hitam

Mayang bawang merah, putih dan halia, lepas tu tumis sehingga wangi, masukkan daging yang potong cube,masukkan kicap, sostiram dan sedikit garam gula dan lada hitam yang ditumbuk.


Optional : boleh letak sayur dalam nie, lada sebagai hiasan.



Note : (rebus dulu daging sampai empuk letak garam sikit masa rebus)









2- Daging Bakar Lada Hitam Berserai


Daging Bakar Lada Hitam Berserai


Perapkan Daging dengan Serai, bawang putih, lada hitam tumbuk, kicap, gula dan garam lepas tu perap selama 1jam, then bakar sampai masak..


Note : (lagi lama perap lagi Best)














*NOTE : 

Sebenarnya memasak ni tak ade resipi spesifik, bergantung pada cita rasa lidah masing2 sebab tu tak boleh nak bagi kuantiti yang tetap untuk rencah2 dan rempah masakan..

Selasa, 30 Oktober 2012

Teringat rase nk muntah.. kalau depan mata xtahu la..

kebelakangan ni.. selalu sgt nk muntah.. bila teringat about something..bukan kotor, bkn jijik... tp ntah la.. automatically akan mule rase loya2.. kadang2 bila teringat jadi mcm moody mcm nk bertukar jadi HULK ( pengalaman di KFC semalam..tibe2 aku moody sbb tgk menu KFC yang TU)... fuwwwwww.. stress dan muntah.. hate that.. tp yg peliknye.. aku pasti muntah bila teringat about someone.. and what she did..is that normal if we are stress??

 so aku pun mengGOOGLE la kesan STRESS... ---->


Tanda dan gejala tekanan:
Berikut adalah sebahagian tanda amaran dan gejala tekanan. Semakin banyak anda mengalami tanda-tanda di bawah ini bermaksud semakin teruk tekanan yang anda hadapi.
  1. 1. Gejala kognitif:

  • Masalah ingatan
  • Tidak dapat menumpukan perhatian
  • Hilang pertimbangan
  • Berpandangan negatif
  • Terburu-buru dan ngelabah
  • Merasa bimbang

  1. 2. Gejala fizikal:

  • Badan merasa lenguh dan sakit
  • Cirit atau sembelit
  • Pening kepala, loya
  • Sakit dada, degupan jantung meningkat
  • Hilang nafsu seks
  • Merasa seram-sejuk
  1. 3. Gejala Emosi:

  • Tiada mood
  • Mudah marah atau meradang
  • Mengelabah dan tidak mampu duduk diam
  • Merasa keseorangan dan terasing
  • Murung atau tidak gembira
  1. 4. Gejala tingkahlaku

  • Makan banyak atau kurang
  • Tidur banyak atau kurang
  • Mengasingkan diri
  • Menangguh atau tidak menghiraukan tanggungjawab
  • Mengambil alkohol, rokok atau dadah
  • Tingkahlaku kegusaran (e.g gigit kuku)


APA YANG AKU BOLD TU.. TU LA YANG AKU ALAMI.. yA'Allah..Kasihanilah aku.. aku tahu tapi aku xmampu mengatasinya..;'(


Memasak AGAIN... Ayam Madu Sakan & Ikan Bakar kunyit Pandan



Sebab Bosan sangat so decide memasak je la.. t dah keje xboleh nak memasak dah.. ye la.. g pagi balik petang...huhu

2 menu Lunch Hari ni.. ahaha

Ikan Bakar Kunyit Pandan..Y?
sbb aku bakar letak daun pandan.. bau die naik sket...


Cubaan Membuat Ayam Madu Sakan..
Tak Tahu La jadi ke tak..

Isnin, 29 Oktober 2012

Sebuah Negeri Di Awan

Aku dilahirkan pada 15 Zulhijjah... diwaktu bulan purnama penuh... hari jumaat penghulu segala hari...   aku mempunyai sepasang taring.. taring yang tajam.. kadang2 bibir sendiri aku gigit.. pipi aku tembam.. dari kecil aku terkenal kerana pipi aku yang tembam..mungkin terlalu tembam dari orang lain.. kadang2 bila bulan penuh aku tidak tidur sampai ke subuh.. aku akan memandang bulan dari jendela berjam-jam masa aku habiskan bersama bulan..

Hobi aku memasak, makanan kegemaranku adalah daging, aku membesar seperti kanak2 lain.. sehinggalah jalan hidup aku semakin berliku2 bermula pada usia 7 tahun.. aku mengenal erti kehilangan.. erti kesakitan.. hidup aku penuh dengan duka.. apa yang aku impikan bukan milikku..

Aku benci pada kekotoran, jika hidup dalam suasana kotor sesuatu akan datang pada malam2 aku, sesuatu yang besar, dengusan nafas kencang, ia akan mengusap2 kepala aku, tapi ia xmenampakkan dirinya.. ia akan datang sekiranya ada 2 darah mengotori diri aku.. tempat aku lena.. and aku boleh rasa sekiranya ada sesuatu (makluk halus).

Nobody knows, kelebihan aku.. aku boleh tahu ape yang orang tak tahu, dan aku boleh tahu orang menipu aku.. seolah-olah penipuan itu ada bau yang aku je hidu.. pernah sekali aku ternampak pokok dan langit seolah2 sedang berzikir.. ntah la.. tak ada yang tahu tentang ni..

Hidup aku ditentukan A-Z.. jatuh cinta perkara biasa... terluka perkara biasa... cinta plastik seorang lelaki.. easy come..easy go.. until i met him.. a same person like me.. his life so incoherent.. kacau.. dia seorang lelaki yang unpredictable.. tapi tetap aku boleh memahami dan membaca fikirannya.. he is so unique..enough about love.

To be continue....


Bahana Cinta Plastik (MIngguan Malaysia 28 OCT 2012)


Bahana cinta plastik

TUJUAN saya menulis ke ruangan ini bukan hendak mengutuk kaum sendiri atau mengiakan apa juga cerita kaum wanita, sebaliknya berharap pengalaman pahit yang saya tempuhi dapat dijadikan iktibar oleh suami di luar sana terutama yang ada niat menyimpan kekasih gelap mahupun hendak beristeri lebih daripada satu.'' Itu pengakuan Khaz dalam e-melnya.

''Saya sudah beristeri dan ada empat anak yang sihat dan bijak. Bukan niat membuka pekung di dada tapi mengakui apabila diri dilanda gelombang asmara, lelaki sering lupa tanggungjawab. Bukan tak sayang isteri tetapi sekadar ingin mencuba, kalau boleh nak kahwin lagi.
''Biasanya melalui ruangan ini saya baca kisah suami curang yang diceritakan oleh para isteri. Kalau dulu saya senyum sinis tetapi setelah berlaku pada diri sendiri barulah saya sedar dugaannya amat berat. Saya mengaku curang kepada isteri yang banyak berkorban dan setia kepada saya selama ini.
''Kami berkahwin lebih 10 tahun. Hidup kami memang bahagia kerana perkahwinan dibina atas dasar cinta, bertambah erat apabila dikurniakan anak tetapi siapa sangka keadaan itu berubah apabila saya mabuk cinta untuk kali kedua.

''Episod kecurangan saya bermula apabila asyik melayari facebook yang menjadi kegilaan orang tak kira tua muda masa kini. Nak dijadikan cerita dalam 'fb' ini saya terjumpa kekasih lama saya Su ketika kami masih belajar di sekolah menengah lagi tetapi hubungan kami terputus setelah masing-masing melanjutkan pelajaran.
''Gembiranya hati apabila ditanya Su mengaku, itulah gambarnya dan itulah keadaannya. Apalagi segala kenangan manis ketika kami bercinta dahulu, kembali berasap dan berapi semula. Perkenalan kami berlanjutan dan kami mula bertukar nombor telefon.
''Gelora cinta saya kembali ghairah apabila saya dapat tahu dia kini single setelah dikecewakan kekasihnya. Mulanya kami hanya berbual biasa tapi lama-kelamaan langkah kami semakin panjang sehingga keluar minum dan makan-makan.
''Su tahu yang saya sudah berkahwin dan saya pernah kenalkan dia dengan isteri saya Hidayah, tapi Su masih layan saya dengan baik malah bertambah mesra. Dia tidak pernah menolak apabila diajak keluar minum dan makan waktu malam. Bila selalu dilayan dengan manja, senyum lentuknya membuatkan saya lupa isteri dan anak- anak di rumah.

''Akhirnya daripada seorang ayah penyayang dan suami bertanggungjawab, saya lupa diri. Hari- hari tumpuan saya hanya pada Su. Anugerah Allah menambah rezeki dengan menaikkan pangkat saya, rupanya ujian untuk saya yang saya tak nampak.
''Sejak naik pangkat dan gaji bertambah, saya mula belajar menipu Hidayah yang setia di rumah. Saya balik lewat dari pejabat dengan alasan banyak kerja. Hidayah percaya cerita saya. Padahal lepas waktu pejabat saya berkejar jumpa Su dan habiskan masa dengannya hingga lewat malam.

''Saya jadi muak tengok muka Hidayah. Perasaan muak membuat saya rasa menyampah dan tidak betah duduk di rumah. Ada saja benda yang tidak kena di mata bila melihat Hidayah menyebabkan kami kerap bertengkar. Akhirnya Hidayah suarakan perubahan yang dia nampak pada saya. Tapi saya tidak peduli. Anak-anak pun saya tidak kisah. Tengah mabuk cintalah katakan. Macam-macam saya beli untuk Su kerana saya yakin Su mencintai saya.
''Saya tidak ambil tahu apa keperluan Hidayah dan anak-anak kerana Hidayah akan uruskan sebab dia bekerja dan bergaji. Saya cepat berang dan meradang bila Hidayah mempersoalkan ke mana gaji saya dihabiskan kerana belum hujung bulan saya akan tebalkan muka pinjam duitnya. Walaupun kecewa tapi Hidayah tetap membantu.

''Bila selalu keluar berdua pasti makhluk ketiga akan sesatkan umat Muhammad S.AW dan akibatnya saya dan Su terlanjur. Bukan sekali dua tapi setiap kali berjumpa.

''Akibatnya saya jadi lebih angau kalau tidak jumpa. Setiap malam saya pasti jumpa Su sebelum balik rumah. Bila di rumah, saya jadi dingin nak layan Hidayah sehingga dia mengesyaki saya dan bertanya apa sebabnya.
''Akhirnya saya mengaku tengah bercinta dan akan kahwin lagi satu. Hidayah terus menangis dan minta dilepaskan kerana tidak sanggup bermadu. Ketika itu saya tidak fikir perasaan dia. Saya katakan padanya saya tidak akan lepaskan dia kerana saya masih sayangkan dia dan anak-anak cuma saya ingin kahwin lagi satu. Tak boleh ke?

''Saya yakin mampu menguruskan keluarga dengan gaji saya. Hidayah yang nampak lembut berkeras minta cerai dengan alasan saya tak mampu dari segi zahir batin, belum masuk bab perasaan dan hati.
''Tetapi saya tidak pedulikan perasaannya dan anak-anak saya biarpun ketika itu mereka sedang menghadapi peperiksaan penting.
''Matlamat utama saya tetap hendak kahwin dengan Su, cinta pertama saya.
''Hendak dijadikan cerita, satu hari saya ditugaskan ke luar daerah selama sebulan. Bila pulang, saya tak balik rumah sebaliknya terus ke rumah Su untuk melepas rindu. Alangkah terkejutnya bila sampai depan rumah Su, saya nampak ada sebuah kereta dan di dalamnya ada lelaki. Tidak lama kemudian saya nampak Su keluar dengan senyum lentuk lalu masuk ke dalam kereta tadi.
''Berderau darah saya. Rasanya mahu saya terkam Su ketika itu. Namun saya kuatkan hati dalam marah memandu pulang ke rumah. Sampai di rumah, Hidayah tak berani menyapa kerana melihat wajah saya yang tengah bengang.
''Keesokannya saya ke tempat kerja Su minta penjelasan. Ringkas jawapan Su sambil senyum melirik,''Dah awak beri saya terima!! Rezeki jangan ditolak". Su mengaku dia terpaksa layan saya kerana saya banyak melabur untuknya. Lelaki tersebut kekasihnya yang bertugas di luar negara baru pulang ke Malaysia.
''Ketika itu baru saya sedar. Ada wanita sanggup gadai maruah untuk kesenangan yang dicita. Bila teringat isteri di rumah terasa malu dengan balasan yang Allah tunjukkan pada saya.

''Kepada suami yang belum terjebak dengan skandal, pesan saya, hargailah isteri kita." Itu pengakuan ikhlas Khaz atas kesilapannya semoga menjadi iktibar kepada semua.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121028/ke_03/Bahana-cinta-plastik#ixzz2Afz0Pitu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dapur Cik Dhiya Berasap Lagi..YUHUUU :PTom

Bosan & muak makan daging.. so i decide hari ni nak memasak la sikit... and for the lunch!!

TADAA!


Menu Of the Day
Ayam Panggang
Acctually die jadi Hitam sebab ia ayam panggang lau xde hitam2 tak dipanggil
ayam panggang..

Buah-buhan Segar
Makan buah ni bagus sbb kaya dengan fiber & boleh hilangkan mual2 dan membangkitkan
selera makan.


ISI Kembung Rangup
Ni isi ikan kembung & uubi kentang yang diecelup tepung kemudian
goreng dengan daun kari..(cecah sos pun best)

Tomyam Campur
Memang sengaja buat tomyam yang xberape merah.. hahhaa actually bnyk bahan
xcukup.. top alhamdulilah jadi jgk rase tomyam..

Ahad, 28 Oktober 2012

Seperti yang dulu....

Tiada guna kau kembali
Mengisi ruang hati ini
SEMUANYA TELAH BERLALU
BERSAMA LUKA..AKU..

semuanya telah berakhir.
antara hatiku dan hatimu
takkan ada cinta seperti yang dulu..

tiada guna kau berjanji
untuk setia menemani
hatiku yang terlah terluka
kerna dusta mu...

semuanya telah berakhir antara 
HATIKU DAN HATIMU
takkan ada cinta seperti yang dulu
semunya telah berakhir antara ..
DIRIKU DAN DIRIMU
takkan ada rindu
seperti yang dulu...

GOOGLE AGENT