Gambar Sekadar Hiasan |
Zina
Dan Masyarakat
Sebilangan
masyarakat yang mengutamakan tradisi & adat dilihat meletakkan garis
tertentu yang perlu dicapai oleh anak-anak sebelum mereka dibenarkan mendirikan
rumah tangga. Hasilnya kita melihat semakin lama semakin sukarnya untuk berkahwin serta umur berkahwin pada masa kini
semakin lewat berbanding pada masa lampau, maka berlaku banyak gejala sosial.
Rata-rata
beralasan agar ia tidak menyusahkan anak-anak
mereka kelak. Dan sering kali memberi
alasan faktor kewangan, rezeki, pekerjaan dan status belajar serta
pekerjaan pasangan menjadi halangan niat murni seorang anak. Golongan ini
melihat kemudharatan pada masa hadapan sebagai suatu musibah tetapi masih boleh
menerima sekiranya anak mereka keluar “berdating” dan bersosial, berpegangan
tangan, cubit menyubit, duduk beriba atau lebih dashyat lagi anak-anak yang
sudah terjebak ke dalam lembah penzinaan. Nauzubillah!
Kemungkaran
seperti ini yang patut dielakkan terlebih dahulu. Soal rezeki di masa hadapan
serahkan kepada Allah S.W.T. Bahkan kita disarankan untuk membantu mereka dan
bukanlah bermaksud lepas kahwin kau punya pasal. Jangan nak cari mak bapak dah!
Konsep inilah sebenarnya yang salah. Apa guna anak yang belajar sampai PHD
sekali pun sekiranya bahu kiri mereka terbeban dengan dosa-dosa &
kemaksiatan yang berterusan akibat “berdating” terlalu lama dengan
alasan nak kan status professor, puaskan hati orang tua, gaji yang besar dan
sebagainya.
Mungkin ada
juga ibu bapa yang mengatakan “ nak bercinta pun kami tak bagi!”. Ketahuilah
menghalangi diri anaknya untuk bercinta
adalah benda yang BOLEH DIKAWAL, tetapi menghalangi anaknya untuk
mencintai seseorang BUKANLAH PERKARA YANG BOLEH DIKAWAL. Allah S.W.T menjadikan kejadian lelaki dan perempuan
sebagai ramuan untuk mengindahkan lagi kehidupan.
Firman Allah
S.W.T : ‘Diantara tanda-tanda kebesaran Nya ia menjadikan kamu pasangan
dari jenis kamu sendiri untuk kamu
tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan diantara kamu kasih sayang dan
belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang
berfikir.’ (ar-RuuM : 21)
Dengan itu wajarlah kenapa Allah menjadikan
kita lelaki dan perempuan supaya ia menjadi saluran untuk meneruskan keturunan
manusia.
Firman Allah
S.W.T : ‘ Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan
kamu semua darii jiwa yang satu dan dijadikan daripadanyan pasangannya dan
berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan..’ (An- Nisa :1)
Firman Allah
S.W.T : ‘Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi , dari mereka
(manusia) dan dari sesuatu yang tiada mereka mengetahui.’ (Yassin : 36)
Perkara ini apabila sudah melarat boleh
mengakibatkan kerosakkan yang lebih
besar. Sebaiknya anak-anak perlu di beri panduan agar tidak tersesat jalan terpedaya dengan tipu daya dunia &
syaitan. Sering kali juga ada ibu bapa
yang mengelirukan dan membuat anak mereka serba salah. “Jika dia mahukan
kau, biar dia datang bawa keluarganya minta kau elok2!” dan ada juga yang
berkata “apa kerjanya, mampu ke nak bela kau?” antara ayat yang akan di
lemparkan kepada anak-anak. Tetapi kesudahannya hanya harapan palsu yang
diberikan kepada anak-anak secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang
kedua-dua belah pihak sekiranya tiada persetujuan dicapai. Andai kata sudah
takdir anak kita dengan anak dia bukankah akan menimbulkan kesulitan hidup
anak-anak di masa hadapan bersama keluarga mertua kerana kesombongan kita masa
lalu terhadap niat murni orang yang inginkan bermenantukan anak kita.
Dari Ali
r.a. Sesungguhnya Rasullulah S.AW telah bersabda kepadanya : “ 3
perkara jangan engkau tangguhkan, SOLAT apabila tiba waktunya, JENAZAH apabila
telah siap dikafankan, ANAK GADIS apabila ditemukan pasangan yang sesuai.. (hadis
riwayat Tirmidzi)
Ramai juga
yang berfikiran perkahwinan muda anak-anak hanya akan mencemarkan maruah
keluarga kerana masyarakat akan
menganggap anak-anak itu telah rosak. Akan tetapi INGATLAH KERANA TERLALU
MENJAGA PERKARA INI MAKA ANAK2 TANPA DISEDARI SUDAH HANYUT KELEMBAH
KEMAKSIATAN.
Kahwin
VS Belajar
“Kamu tak
boleh kahwin selagi tak habis degree, tak kerja tetap ,tak ade harta!”.. kata-kata
yang akan dilemparkan keatas niat murni seorang anak yang ingin menghalalkan
sebuah ikatan kerana khuatir akan berlakunya maksiat dan kerosakkan. Siapa
cakap kahwin waktu belajar akan mengganggu? Salah tanggapan itu. Sepatutnya
kahwin awal lebih memberikan kita semangat
yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal, yang boleh memberi
semangat. Alasan tak ada sumber kewangan yang kukuh? Apa fungsi institusi
kekeluargaan kalau tidak boleh
menghulurkan bantuan kepada mereka yang mempunyai niat murni, apa fungsi ibu
bapa kalau tidak sama membantu menasihati memberi tunjuk ajar untuk pasangan
baru? Selain menyalahkan mereka apa kata memberi bantuan dan nasihat, rumah
tangga mereka harmoni, halal dan melahirkan zuriat yang solehah..yang dapat
pahala? Ibu bapa juga kan? Samalah dengan yang sudah bekerja, adakah mengganggu
kerja mereka tidak kan?
Soal
kewangan tengok zaman Nabi, bukan semua orang arab berharta, mereka hanya mampu
bagi makan yang cukup buat isteri itu pun sudah cukup dijadikan nafkah. Nabi tak
halang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang, tiada sumber
kewangan tetap sebagai penghalang perkahwinan. Ada sesetengah ibu bapa yang
memilih menantu yang kerja kerajaan, tak suka yang kerja swasta katanya tak
menjamin hidup. Bukankah itu sama dengan menyalahkan takdir ALLAH S.W.T
Firman Allah
S.W.T : ‘Dan Kahwinkanlah orang2 bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu dan orang-orang soleh dari hamba-hambamu, lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah
akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana ALLAH MAHA
LUAS RAHMATNYA DAN LIMPAH KURNIANYA) , lagi maha mengetahui ‘(An-Nur :32)
Modal
Untuk Kahwin?
Yelah ramai
ibu bapa dan kita-kita yang fikir kalau
tak ade 20 ribu macam mane nak kahwin? Sebelum tu mari kita fikir.. apa perkara
asas dalam kahwin? Ya. Akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang
tu bukan wajib pun dan kos untuk merisik dan bertunang boleh dibawa ke
walimatul urus. Waktu akad nikah jemput sahaja saudara mara dan kawan2 sahaja.
Tidak perlu bersanding2 bagai kerana hukumnya haram jika bukan mahram yang
melihatnya. Tak payah nak sewa itu ini membazir, kalau tidak mampu cukup majlis
sederhana dan ringkas mengikut ajaran Islam.
Mas kahwin
pun tidak perlu lah bertanding-tanding
kerana sebaik-sebaik perkahwinan adalah yang senang urusan dan rendah
maharnya. Kesian si lelaki terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana mas kahwin
dan belanja yang mahal. Mudah sahaja majlis perkahwinan dalam Islam tidak
sampai sepuluh ribu, kalau 2,3 bijik kereta kita boleh beli takkan mahu
menguruskan urusan perkahwinan anak yang sederhana yang kita nak berkira. Semua
nak pakai duit anak, sedangkan insyaAllah anak itu lah yang akan menjaga kita
di hari tua,permudahkan urusan anak tak mustahil Allah S.W.T akan permudahkan
urusan kita kelak, tidak keterlaluan kah kita sebagai ibu bapa?
Sabda
Rasullullah s.a.w : 3 golongan yang akan
selalu diberikan pertolongan oleh Allah ialah MUJAHID YANG MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH, SEORANG PENULIS
YANG SELALU MEMBERI PENAWAR , DAN SEORANG
YANG MENIKAH DEMI MENJAGA KEHORMATANNYA. (hadis riwayat thabrani)
Tidak
terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa
dengan berkahwin dapat memberi semangat untuk belajar. Kalau rasa berkahwin
boleh membuat diri bersemangat dalam
agama, kalau rasa berkahwin boleh elak
dari fitnah & kemaksiatan maka BERKAHWINLAH!! KENAPA KITA BOLEH MEMBERI
ALASAN UNTUK TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG HALAL, TETAPI KITA TIDAK LANGSUNG
MEMBERI ALASAN UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG HARAM? TANYALAH DIRI JAGALAH IMAN.
Sabda
Rasulullah s.a.w : Apabila datang meminang
kepada kamu seorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia.
Bila tidak engkau lakukan maka akan berlaku fitnah dan kerosakkan yang besar diatas muka bumi (
hadis riwayat tirmidzi & Ahmad)
Restu
Ibu Bapa
Sering kali
restu menjadi penghalang kebahagiaan, kahwin awal selalu dikaitkan dengan payah
restu dari ibu bapa. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik sebab mahu kahwin
mungkin tiada masalah untuk kahwin awal,
akan tetapi ada segolongan ibu bapa kita
yang susah mahu terima kerana terikat dengan pemikiran tipikal masyarakat
melayu yang terpengaruh dengan adat, drama TV dan khuatir anak tidak cukup
wang untuk menyara hidup sendiri.
Umar bin
al-Khatab r.a telah berkata : Kahwinkanlah anak –anak mu apabila sampai
baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka ( disebut oleh ibnu Jauzi dalam ahkam An- Nisa)
Bagi
anak-anak yang sudah bertemu pasangan yang sesuai berkahwinlah kamu, dan bagi
ibu bapa restuilah mereka kerana segalanya ada hikmah tersendiri, jangan
salahkan anak-anak kerana itu semua adalah takdir mereka. Mudah- mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang
terbaik dan dirahmati ALLAH S.W.T.. Insyaallah.